Sunday, 28 July 2019

KOPI BERDARAH 2 : BY HUZAIFAH - "I know, awak suka angka 8 kan" Balas Farah sebaik melihat senyuman dibibir Haikal.



Tajuk : Kopi Berdarah 2
Karya : Encik Huzaifah


Beepp... Beepp.. Beepp..
Bunyi mesin nadi kedengaran, Haikal sedang tidur nyenyak. Keadaannya sekarang mulai stabil. Dengan bantuan Dr Ayu,  serba sedikit mampu membuatkan keadaan Haikal terkawal. Farah pula sedang sibuk membaca dan mengkaji penyakit Haikal. Sehinggakan waktu tidurnya juga semakin terganggu dan berkurangan. Balik dari kerja, dia akan menyambung pengkajiannya. Sesekali dia akan berhubung dengan doktor-doktor lain yang lebih pakar dalam kes Haikal. Kesungguhan Farah sangat di luar jangkaan.

Beberapa kali Dr Ayu sudah memberitahu Farah bahawa penyakit Haikal amat terpencil kesnya. Buat masa ini mereka masih tidak menemui jalan penyelesaian,  tetapi sekadar melambatkan  penyakit itu menganas.

"Haikal,  how are you today?" Bisik Farah ke telinga Haikal yang sedang tidur. Tiada jawapan yang di terima oleh Farah dari Haikal.

"Farah,  you rehat lah. In Sha Allah Haikal akam sembuh. You pun dah banyak bantu dia" tiba-tiba doktor Ayu menegur dari belakang,  entah bila dia masuk pun Farah tidak sedar.

"Ayuuuu," jerit farah sambil berlari llau memeluk rakannya itu.

"Sabar ya,  I akan pastikan Haikal di jaga rapi" Doktor Ayu menabur janji,  sebenarnya cuba memujuk Farah.

Tangisan Farah kedengaran halus,  sengaja dia menerkup mukanya ke bahu Ayu,  agar esakkannya tidak didengari oleh orang lain. Ayu mengusap-ngusap belakang Farah,  agar rakannya itu kembali tenang.

Farah menyelak helaian rekod Haikal, seperti yang diberitahu Ayu,  bahawa Haikal dalam keadaan stabil dan menunjukkan tindak balas positif. Tetapi hati Farah masih tidak tenang selagi Haikal tidak sembuh sepenuhnya. Doktor Ayu pula bertungkus lumus menjaga Haikal demi rakannya.

Minggu berganti minggu,  kini keadaan Haikal semakin baik. Dia sudah mulai boleh berjalan,  walaupun memerlukan bantuan tongkat. Sesekali dia akan kehilangan memorinya, namun hanya memori 10 minit sebelum kejadian. Bererti memori lamanya masih diingati,  dan dia masih mengenali Farah serta Doktor Ayu.

Hari dan waktu yang ditunggu telah tiba, Haikal dibenarkan keluar dan pulang ke rumahnya. Dengan bantuan Farah, Haikal dapat pulang ke rumah tanpa masalah. Buat masa sekarang, dia masih tidak berani untuk memandu. Di rumah pusaka peninggalan ayah dan bondanya itu Haikal bakal menghabiskan waktu yang dia ada. Tidak diketahui selama mana akan dia mampu bertahan di dunia yang indah itu.

Farah meninggalkan Haikal sendirian. Rumah itu tampak semakin usang,  sawang dan habuk mulai cuba menguasai ruang rumah. Haikal meletakkan begnya di dalam. Dia bergerak perlahan dengan bantuan tongkat. Sedikit demi sedikit dia membersihkan ruang rumah tersebut.  Bilik utama sudah bersih,  gambar bonda dan ayahnya disusun kemas.

Haikal masuk ke ruang biliknya dahulu. Meja dan katilnya masih dalam keadaan baik. Cadar katil di ganti baru, mejanya lap dan di kemaskan kembali. Laptopnya diletakkan dimeja. Kini dia bakal tinggal di rumah pusaka itu dan menikmati  keindahan dunia.

Haikal merebahkan tubuhnya ke tilam. Matanya di pejam erat. Nafas di hembuskan perlahan-lahan.

"Bonda!  Aku sangat perlukan bebelan mu saat ini untuk kekuatan diriku"Haikal bermadah sendirian sebelum dia tertidur kepenatan.

Biarrr~~ Biarr rasaa inii~
Tersimpan Hanya Untuk Aku~~

Lagu ringtone handfone Haikal memecah kesunyian rumahnya. Haikal mencapai handfonenya, kelihatan nama Farah tertera di screen handfone.

"Hello" Haikal memulakan perbualan, sebaik panggilan itu di jawab.

"Awak buat apa?!  Kenapa tak angkat saya call?  Dari tadi saya call" bertalu Farah melontarkan soalan.

"Ni saya angkat" jawab Haikal bersahaja,  seperti tiada melakukan kesalahan.

"Ishhh,  awakkk ni! Saya risau tau tak"

"Laa risai kenapa? Saya ada je dekat sini, terlelap tadi"

"Yela tu,  awak dah makan belum? " tanya Farah dengan nada perlahan dan manja. Begitulah sifat Farah, dia terlalu cepat gelabah dan risau.

"Belum, kejap lagi saya pergi makan la" jawab Haikal ringkas.

"Ehh dia ni,  awak nk pergi makan macam mana?  Larat ke? "

"Hehehe, ni Haikal lah! " sifat lagak dia mula keluar.

"Belagak, belagak!  Nanti sakit kan susah"

"Alah,  sakit saya bukan awak"

"Ye bukan saya,  tapi hati saya sakit gak nanti. K bye" jawab Farah lalu menamatkan panggilan.

Haikal melihat jam di handfone, '07:50pm, eh dah magribh la' Haikal berbisik sendiri. Dia cuba bergerak pantas seperti selalu, tiba-tiba dia terhenti. Kaki dan pinggangnya terasa bisa. Akibat dari kejutan pergerakan membuatkan tubuhnya sakit. Dia lupa akan dirinya sedang menangung sakit.

Haikal gagahkan juga ke tandas untuk mengambil wudhuk, lalu menunaikan solat magribh. Tangisan Haikal mula kedengaran, jelas lelaki itu teramat sedih dengan apa yang menimpa dan dugaan pada dirinya.

Selepas habis solat,  Haikal sambung mengemas bilik,  dan duduk ke mejanya. Laptop dibuka perlahan. Dia sambung menulis notanya, dan sesekali dia membaca nota-nota lamanya. Dengan bantuan nota itu,  sekurang-kurangnya Haikal mampu mengingat kembali memori lamanya.

Tinn.. Tinn.. Tinn..
Bunyi hon kereta di hadapan rumah pusaka itu membuatkan Haikal bangun untuk melihat.

"Awakkk jom" suara Farah menjerit dari dalam kereta sebaik sahaja melihat Haikal menjengah di balik tingkap.

"Ish! Bukan nak cakap awal-awal. Kejap" lalu Haikal masuk ke dalam untuk mengambil beg galasnya.

Kereta di pandu perlahan menuju ke satu destinasi yang tidak diketahui. Haikal hanya diam membiarkan Farah memandu.

"Awak, " tiba-tiba Farah bersuara lembut.

"Ye" ringkas Haikal membalas.

"Kenapa baru sekarang awak muncul ya? "

"Eh,  sebelum ni pun saya ada je"

"Tapi tak rapat seperti sekarang"

"Oh,  sebab dulu saya sakit" Haikal memberi alasan.

"Sekarang pun sakit" Farah membidas alasan Haikal, dia tidak terima alasan Haikal.

"......... " Haikal melihat ke luar tingkap, cuba mencari jawapan yang sesuai.

"Kenapa diam?  Saya tanya ni kan"

"Tak ada apalah, but ni nak pergi mana sebenarnya? " Haikal cuba menukar topik

"Adalah, tempat baru. Hehehe" Farah teruja untuk menunjukkan cafe baru.

"Tak habis-habis tempat baru" keluh Haikal.

"Diam la, awk ikut je" balas Farah ringkas.

Kereta Saga jenis BLM Farah membeah kesunyian malam itu. Sehinggalah tiba di satu lorong, kereta dibelokkan ke kiri dan berhenti di hadapan sebuah kedai. Dari luaran kedai itu tampak simple binaan dan deconya. Haikal keluar dari kereta lalu melihat signbord kecil tertulis Cafe 1988.

"Wow! " Haikal bersuara ringkas.

"I know,  awak suka angka 8 kan" Balas Farah sebaik melihat senyuman dibibir Haikal.

"Thanks," Haikal merasa dirinya di hargai. Tidak dia sangka Farah mengetahui angka kegemarannya.

Mereka berdua masuk ke dalam cafe. Susunannya indah mengamit memori tahun 88, membuatkan Haikal sentiasa tersenyum indah. Farah pula hanya melihat gelagat dan tingkah laku Haikal. Lelaki itu sedikit sebanyak pernah menambat hatinya suatu ketika dahulu. Namun kini mereka lebih senang bergelar sahabat.

Seperti biasa, Haikal akan duduk di satu sudut penjuru dan mempunyai suasana yang agak tenang. Coffee Capuccino menjadi pilihan hati Haikal, manakala Farah sekadar minum tea bunga.

Mereka menghabiskan waktu malam itu di cafe tersebut, palbagai isu dan cerita yang di bualkan. Sesekali terdengar gelak tawa Farah dan Haikal. Mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih.

"Awak, dah lewat malam ni. Jom balik" tegur Haikal, sambil menghirup saki baki air coffee yang tinggal.

"Alaah awak ni, baru pukul 11 malam" balas Farah, tidak bersetuju untuk pulang malam itu.

"Hurmmm, " Haikal mula menarik muka.

"Yela" balas Farah.

Farah menghantar Haikal pulang. Sebail sampai dan ketika hendak turun dari kereta, tiba-tiba Farah memanggil. Haikal melihat dengan tanda tanya.

"Kenapa? " Haikal bertanya.

"Nak salam" jawab Farah, ringkas dan malu.

Haikal menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam, Farah menyambut lalu di cium tangan Haikal. Ketika itu Haikal terkedu dengan tingkah laki Farah, namun dia lagak bersahaja dan terus mengusap kepala Farah mengunakan tangan kiri.
Tiba-tiba Haikal terasa ada air mengalir di tangannya. Terus ditolak kepala Farah untuk melihat wajah Farah.

“Eh awak kenapa ni?” Tanya Haikal, pelik melihat Farah sedang menangis.

“Saya rindu awak!” balas Farah dalam tangisan.

“Ish awak ni, kan saya ada je ni?”

“Ye tahu, tapi nanti?”

“Nanti apa? Awak ni pelik je. Hahaha dah-dah jangan nagis, Farah saya kan kuat. Mana reti menangis” Kata Haikal cuba memujuk.

“Ishhh dia ni, jangan lah gelakkan saya”

“Hehehe mana ada gelakkan, saya senyum je”

“Tadi tu?”

“Tadi tu saya tergelak, heee”

Haikal terus berjalan menuju ke dalam rumahnya, sengaja dia tidak menoleh ke belakang agar Farah terus memandu pulang. Sebaik sahaja pintu rumah di tutup, Haikal terus menuju ke tingkap dan mengintai Farah. Gadis itu masih didalam kereta, berkemungkinan sedang menangis. ‘Haishhh, macam manalah aku nak tinggalkan kau’ Haikal berbisik didalam hatinya.
Tidak lama kemudian, Farah memandu perlahan keretanya. Dia tahu Haikal tidak mungkin akan melihatnya. Malah Haikal seorang yang susah untuk menunjukkan kasih sayangnya. Sepanjang perjalanan Farah ke rumahnya, pelbagai perkara yang difikirkan. Haikal, kerjanya, pesakitnya dan bermacam lagi. “Sememangnya dunia ini hanya tempat kita berpenat lelah” Farah teringat akan kata-kata Haikal suatu ketika dahulu.

Haikal duduk di katilnya, tubuhnya lemah dimamah penyakit. Dia sepatutnya banyakkan berehat, tetapi nafsu dalam dirinya memberontak agar dia keluar seperti selalu dan paling penting Coffee yang telah menjadi dadah dalam dirinya. Haikal memandang laptop yang terletak di mejanya, baru dia teringat akan nota-notanya. ‘Arhhh, kenapa boleh lupa’ bentak hatinya, sedar dia lupa untuk menutup suiz laptop. Haikal bangun menuju ke meja, namun tiba-tiba kakinya terasa kebas, lalu Haikal terjatuh ke lantai. Dia cuba mengerakkan kakinya namun tiada tindak balas. ‘Ya Allahhhhhh’ Haikal menjerit didalam hati. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.
Harapannya kini hanya membuat panggilan pada Farah untuk meminta pertolongan, namun handfonenya terletak di atas meja, dan dia harus merangkak untuk ke meja. Dalam kepayahan itu, Haikal gagahkan jua. Sedikit demi sedikit dia mengheret kakinya, tangannya meraba-raba dia atas meja. Dia tidak mampu berdiri ketika ini. Air mata Haikal mula mengalir laju, dia tidak mahu kematiannya tidak diketahui orang dan pastinya jasadnya akan mereput nanti.
Sedang dia meraba-raba itu, akhirnya dia dapat menyentuh telefon bimbitnya. Tubuhnya semakin lemah, matanya semakin kabur. Haikal cuba juga melihat screen telefon untuk mencari nama Farah, namun semuanya tiba-tiba menjadi gelap. Tiada kedengaran apa-apa di telinga Haikal, matanya juga tidak mampu melihat apa-apa lagi, malah tubuhnya juga sudah tidak mampu di kawal lagi. Dia hilang dalam kepekatan malam itu.

Agak lama Haikal rasa dirinya bagaikan terawang, sebelum tiba-tiba terasa seperti dirinya terbang dan bergegar. Haikal cuba untuk membuka matanya tetapi dia tidak mampu, sesekali terdengar suara berbisik dan bercakap. Haikal cuba bercakap sama, namun masih tidak mampu. Dirinya kini bagaikan patung dan dia umpama tidak mampu untuk mengerakkan tubuhnya. Tiba-tiba ada suara berbisik.

“Haikal, awak dengar tak saya cakap?”

“Awak bangunlah, saya akan tunggu awak sampai bila-bila”

“Awak tahukan, saya sayangkan awak. Cumaaaaa...”

“Saya harap awak bangun, kita kan janji nak minum coffee sama-sama”

“Awak kan cakap nak buka cafe,”

“Awak ingat tak, awak janji tak akan tinggalkan saya, awak bangun ye.”

“Saya tunggu awak”

Suara itu bertalu-talu menerpa ke dalam gegendang telinga Haikal, dia cuba membalas setia kata-kata itu, tetapi tidak mampu. Dirinya kini kaku, mulutnya tidak dapat di gerakkan. Malah Haikal rasa dirinya terlalu letih untuk membuka mata. Umpama dia sudah kehabisan tenaga terakhirnya. ‘Aku di ambang kematian ke?’ bisik hati Haikal, dan baru dia sedar dirinya mungkin sedang mendekati sakaratulmaut. Jantung Haikal berdegup kencang, ketakutan mula menguasai minda dan dirinya. Nafasnya jadi tidak menentu, dadanya kini berombak kuat.

“Ayu! Pleaseee! Haikalll!” Jerit Farah tiba-tiba apabila melihat keadaan Haikal tidak terkawal. Mesin pengesan nadi mula menjerit laju, graf mula turun dan naik bagaikan gila.

Farah terduduk di tepi katil Haikal, walaupun dia seorang doktor, namun bila situasi itu berlaku kepada orang yang terdekat. Farah tidak mampu buat apa-apa, dirinya bagaikan hilang arah. Doktor Ayu dan beberapa pembantunya bertungkus lumus cuba mengawal keadaan Haikal. Bukan mudah untuk stabilkan pesakit yang sedang dalam keadaan separa koma.
Setelah keadaan kembali normal, Farha menghampiri Ayu. Dia masih risau dengan keadaan Haikal.

“Ayu, macam mana keadaan Haikal?” Tanya Farah lemah,dan masih dalam tangisan.

“Dia stabil. You jangan bimbang ya, i pecaya Haikal kuat”

“Ermmm, but kenapa dia tadi?”
“Maybe dia mengalami trauma, atau mungkin ada sesuatu yang menganggu dirinya”

“Harap dia kuat” Jawab Farah lemah sambil melihat ke Haikal.

“You jangan risaulah, i boleh jagakan. You sambung kerja, apa-apa i call u okay” Doktor Ayu cuba memberi jaminan dan harapan.

“Janji ye” Jawab Farah sambil berlalu pergi, untuk menyambung kerjanya.

Doktor Ayu hanya mengangguk tanda ia berjanji, nampaknya Farah benar-benar sudah mencintai Haikal, tetapi dirinya masih tidak mampu untuk menjalinkan hubungan cinntanya dengan Haikal. Doktor Ayu kembali melihat Haikal.

“Kau beruntung Haikal, walaupun dalam keadaan terlantar begini, masih ada insan yang menangis untuk kau” Kata Doktor Ayu pada Haikal yang sedang terbaring bagaikan patung.

Keesokkan harinya, Doktor Ayu dimaklumkan oleh pembantunya bahawa Haikal telah menunjukkan perubahan positif, dia sudah mulai sedar tetapi keadaannya masih lemah. Mendengar perkabaran itu doktor Ayu terus menuju ke katil Haikal, senyuman terukir di wajah Haikal apabila melihat Doktor Ayu datang.

“Hai, how are you today?” tanya Doktor Ayu perlahan.

“Im Fine, Doktor bila saya boleh keluar?” tanya Haikal lemah, matanya masih kuyu.

“Kamu rehatlah dahulu, jangan fikir nak keluar.”

“Errrmm, tapi”

“Eh, i lupa call kawan you. Sekejap ya”

Pantas Doktor Ayu membuat panggilan ke Farah dan memaklumkan tentang keadaan Haikal ketika itu. Mendengar berita tersebut, Farah terus berlari untuk mendapatkan Haikal. Dia tidak sabar untuk melihat keadaan Haikal.

Sebaik sampai di katil Haikal, Farah terus menangis. Airmatanya tidak dapat di bendung lagi. Sedih,sebak,gembira dan takut bercampur baur dalam dirinya.

“Hei, nape menangis?” Tanya Haikal lemah.

“Awakk lah! Benci!” Ujar Farah sambil mengenggam tangan Haikal.

“Heee apa la awak ni, saya kan kuat.”Jawab Haikal sambil melemparkan senyuman.

“Kuat.. Kuatt.. ni apa jadi? Nasib baik saya datang rumah awak pagi tu, sebab awak tak jawab call saya” Jawab Farah sambil mengesat air matanya.

“Terima kasih, saya nak call awak malam tu, tapi tak sempat”

“Hurmm! Lepas ni jangan buat lagi. Handfone letak dekat dengan awak je.” Farah mula membebel.

Haikal terus tersenyum apabila melihat Farah membebel, Doktor Ayu juga turut tersenyum, dan ‘pappppp’ satu pukulan hinggap ke Haikal. Farah tahu Haikal mentertawakan dirinya membebel.

“Orang cakap dia gelakkan.” Marah Farah, pada Haikal.

“Eh saya gelakkan Doktor Ayu” Jawab haikal cuba menyelamatkan diri.

“Ehh... Ehh... i tak terlibat dengan cerita romeo dan julie ni ye, hahaha” Doktor ayu cuba menyelamatkan dirinya.

"Hahahaha" suasana di bilik hospital itu sedikit bergema dengan gelak tawa Haikal dan Dr Ayu.

"Not Funny okay" jerkah Farah, mula malu apabila di tertawakan.

"Okay, now Farah, you boleh sambung tugas. Haikal pun dah okay tu. Dah boleh ketawa" kata Doktor Ayu.

"Okay,  but apa-apa you info i okay. Haikal!  Yau jangan nak mengedik! " pesan Farah tiba-tiba.

"Kenapa pula saya?" Haikal dalam kebingunggan.

Selepas Farah berlalu pergi, Doktor Ayu menghampiri Haikal. Dia memeriksa tubuh Haikal dan perkembangan tubuhnya.

"Haikal, you boleh angkat kaki you tak? " tabya Doktor Ayu.

"Errr,  tak boleh lah doktor" jawab Haikal lemah, sebaik mencuba.

"Its okay, sabar ye" balas Doktor ayu.

Kemudian kelihatan Doktor Ayu menyentuh kaki Haikal, ia adalah untuk mengetahui bahawa Haikal masih mempunyai deria rasa atau tidak. Setelah melakukan pemeriksaan, Doktor Ayu memberi beberapa pesanan pada Haikal agar dia dalam keadaan baik jika di luar.

"Haikal, boleh saya tahu sesuatu? " Doktor Ayu memandang tepat ke wajah Haikal, sepertinya ingin bertanya tentang sesuatu yang agak serius.

"Boleh doktor"

"Awak, sebenarnya cintakan Farah kan? "

"Hurrmm, " Haikal tidak mampu menjawab. Wajahnya sugul dan lemah.

"Tak mengapa, saya simpan rahsia ni" Doktor Ayu cuba mendapatkan maklumat.

"Ye benar,  tapiiii... " Kata-kata Haikal terhenti, dia teringat sesuatu.

"Tapi apa? " Doktor Ayu tidak sabar menunggu jawapan.

"Saya sudah terima dia sebagai kawan, malah dia juga dah kata, tidak akan mencintai atau jatuh cinta dengan saya untuk kali kedua. Semenjak dari hari itu, saya cuba untuk tidak mencintainya." Balas Haikal

"Huh so i know"

"Apa yang doktor tahu? "

"Tiada apa,  Haaa kamu nak keluar tak? "

"Eh nak lah!" Jawab Haikal teruja.

"Tapi kena sihat dulu, kalau esok keadaan kamu stabil, saya boleh benarkan keluar"

"Alaaaa"

"Okay,  jom saya bawa kamu keluar jalan-jalan dekat luar hospital. Sekurangnya kamu tak terperap dalam bilik ni" Doktor Ayu memberi cadangan.

"Eh boleh ke? "

"Boleh lah,  saya kan doktor awak. Lagi pun awak sebelum ni hanya pengsan sahaja" balas Doktor Ayu.

"Hahaha yeke?  Laa membazir je saya masuk hospital"

"Huhhh membazir masuk hospital? Heiiii kalau tak ada hospital, awak tu tak tau jadi apa tau" kata Doktor Ayu sambil mengayakan tangannya.

"Hehehe yela"

"Dah,  duduk dekat kerusi roda ni" Balas doktor Ayu sambil membantu Haikal untuk pindah ke kerusi roda.

Terkial-kial Haikal cuba pindah dari katil ke kerusi roda tersebut. Hari itu nampaknya Haikal tidak bosan seperti selalu, dia rasa sangat beruntung kerana Doktor Ayu sudi membawanya bersiar-siar. Walaupun hanya di persekitaran hospital, namun itu sungguh bermakna.

Sesekali kelihatan staf hospital menegur doktor Ayu, dari gaya mereka menegurnya jelas bahawa Doktor Ayu seorang yang ramah. Sehinggakan beberapa pesakit juga mengenalinya.

"Haii Doktor, bawa kekasih ke? " tiba-tiba tegur seorang Doktor lelaki.

"Hahaha, bukan kekasih lah. Tapi kalau jodoh apa salahnya" balas Doktor Ayu sambil menjeling tajam ke arah doktor lelaki tersebut.

Haikal hanya melemparkan senyuman pahit pada doktor lelaki tersebut, matanya sempat menjeling nama pada nametag doktor lelaki itu. 'Dr. Azrul', ringkas nama tertera malah hensem. Bergaya. Sememangnya semua doktor itu hensem dan cantik.

Tiba-tiba doktor Ayu terhenti di satu sudut. Dia merenung jauh kehadapan. Haikal menoleh ke belakang untuk melihat doktor Ayu.

************************************************

"Doktor boleh tak saya nak air coca-cola ni? " Tanya seorang pesakit bernama Farizal.

"Tak boleh, awak tak boleh minum air bergas" balas Doktor Ayu.

"Ishh, why? Kenapa saya tak boleh minum? Kan doktor ada dengan saya" jawab Farizal lemah.

Farizal salah seorang pesakit Doktor Ayu yang sangat rapat dengannya. Malah setiap perkembangannya bakal di ambil tahu oleh Doktor Ayu.

"Saya ada pun, tapi kalau jadi apa-apa kan susah"

"Hurmmm... Semua benda tak boleh, family saya dan doktor sama je tak faham saya" Farizal merajuk, lalu menolak sendiri kerusi rodanya berlalu pergi.

Doktor Ayu hanya melihat ketika itu, dia tidak mahu menghalang Farizal.

"Errr... Doktor? Are you okay? " tegur Haikal, apabila melihat ada air jernih mengalir di pipi doktor Ayu.

"Ehh, okay" balas doktor Ayu sambil laju mengesat air matanya.

"Doktor, saya nak air soya tin tu." Kata Haikal sambil menunjuk ke arah mesin air.

"Haikal... " suara Doktor Ayu sebak.

Dengan tiba-tiba doktor Ayu menangis, Haikal mulai gelabah, dia tidak tahu apa yang terjadi dan apa yang harus di buat. Buntu dengan keadaan itu, Haikal hanya berdiam diri membiarkan Doktor Ayu menangis.

Setelah hampir 15 minit, keadaan Doktor Ayu semakin pulih. Mungkin dia sudah tenang kembali. Melihat keadaan Doktor Ayu yang sudah berhenti menangis itu, Haikal mengerakkan perlahan kerusi rodanya. Digagahkan kudratnya untuk berlalu pergi. Terasa dirinya bersalah dan menyusahkna Doktor Ayu.

"Haikal, nanti. Biar saya bantu,  awak tidak kuat" tegur Doktor Ayu apabila melihat Haikal cuba pergi dengan memusingkan roda kerusinya.

"Tak apalah Doktor, saya kuatlah" balas Haikal sambil melemparkan senyuman.

"Haikal, awak tidak faham sakit awak. Awak cuma faham keadaan awak. Mari saya bantu" lalu Doktor Ayu menolak kerusi roda itu ke arah mesin air.

"Kamu nak air soya kan? " Doktor Ayu inginkan kepastian.

"Ye" balas Haikal ringkas.

Selepas membeli air soya tersebut, doktor Ayu kembali menolak kerusi Haikal menuju ke katilnya.

Hari itu adalah hari yang bermakna buat Haikal, kerana dibawa bersiar oleh doktor Ayu, malah mungkin itu adalah kenangan kehidupannya yang bakal hilang suatu hari nanti. Manakala doktor Ayu pula masih dalam keadaan sedih, seperti ada sesuatu memori yang menganggu benak fikirannya.

Haikal berharap dia boleh keluar pada esok harinya atau lusa, dia ingin duduk dirumah pusakanya.

"Err,  maaf nurse,  ada kertas dan pen tak?," tanya Haikal kepada staf hospital yang melalui katilnya.

"Ada, kejap ye" jawab staf nurse tersebut.

Setelah beberapa minit, staf nurse tersebut muncul kembali sambil membawa beberapa helai kertas bersaiz A4 dan pen hitam, biru dan merah.

"Eh banyak nya pen? "Tanya Haikal pelik, bimbang juga jika staf nurse tersejut ambil hati atau memerlinya.

"Saya tak tahu awak nak warna apa, jadi saya bawa 3 warna ni" jawab staf nurse tersebut.

"Ohh,  terima kasih bebanyak, warna hitam dah cukup untuk mewarnai hidup saya" balas Haikal lalu mengambil warna hitam.

Staf nurse tersebut tersipu malu dengan senyuman Haikal, mungkin Haikal mudah memberi senyuman sebagai tanda terima kasih. Namun adakala senyuman dia memikat hati wanita.

Staf nurse tersebut meninggalkan Haikal sambil tersipu malu, sempat lagi Haikal mengusik gadis itu. Mungkin dia sengaja cuba menghiburkan hatinya. Kertas dan pen yang diberi staf nurse tadi di letakkan di hadapannya, dengan beralaskan meja makan. Haikal menulis sesuatu pada kertas tersebut.

Selepas dua hari di hospital, akhirnya Haikal dibenarkan pulang. Farah masih menjadi sukarela menghantar Haikal ke rumah. Malah setiap hari Farah menghantar makanan dan minuman pada Haikal.

Hari dan bulan berganti, Haikal dan Farah semakin rapat dan mesra. Perubahan pada kesihatan Haikal pula semakin baik. Haikal mampu berjalan seperti biasa, cuma sesekali ingatannya agak lemah. Namun itu tidak. Menghalang Farah untuk terus bersahabat dengan Haikal.

Cafe masih menjadi tempat mereka menghabiskan masa, ada masa cafe itu di jadikan tempat kaunseling untuk Haikal oleh Farah. Haikal masih sokongan daripada orang sekeliling.

"Awakkk" tiba-tiba Farah memanggil.

"Ye? " tanya Haikal ringkas sambil memandang Farah.

"Saya nak bagi tahu sesuatu"

"Apa dia? "

"Awak janji jangan marah, awak janji akan okay?"

"Ye saya janji" Haikal membalas ringkas.

"Janji betul-betul dulu"

"Haha okay,  saya Haikal berjanji tidak akan marah" sambil tangan kanannya di angkat paras bahu.

"Hurmm, "

"Laa kenapa lagi? "

"Susah saya nak cakap"

"Cakap je, saya okay"

"Saya bakal berkahwin"

"Waaaa Taniaaaaahhh! " Bentak Haikal sambil tersenyum indah.

"Awakk!!! " baals Farah seakan marah.

"Kenapa?  Salah ke? " Haikal buntu.

"Saya serius! "

"So saya ada nampak memain ke? "

"Hurmm, awak tak kisah ke? "

"Awak nak saya buat apa? Awak nak saya cakap apa? Awak nak saya tunjukkan apa? " Haikal bertanya, sambil matanya dan kepalanya tunduk. Memandang air kopi di hadapannya.

"Saya sayangggg awak tau tak! " Farah bersuara, air matanya mula berlinang.

"Awak, saya tahu awak sayangkan saya. Tapi apa benda saya boeh buat?  Ini semua keputusan awak, bukan saya. Malah awak sendiri cakap, awak tidak akan jatuh cinta pada orang yang pernah reject awak sebelum ni" terang Haikal.

"Awak tak faham saya! "

"Ye saya memang tak faham awak, saya mana pernah faham awak kan? " balas Haikal mengambil hati.

Farah terus bangkit dari tempat duduknya lalu masuk kedalam kereta. Haikal membiarkan Farah melayan perasaannya. Sebenarnya Hati Haikal juga bagaikan remuk dan bersepai apabila mendengar berita itu. Namun dia sudah mengetahuinya terlebih dahulu, cuma dia merahsiakan dari Farah.

Setelah menghabiskan minumannya, Haikal keluar dan masuk kedalam kereta. Farah sedang tertidur di kerusi pemandu. Mungkin dia penat menangis, Haikal duduk di tempat duduk penumpang bersebelahan pemandu. Dia membuka beg galasnya lalu mengeluarkan buku kecilnya.

Sambil menanti Farah bangun dari tidur, Haikal melakar beberapa lukisan.

"Eh awak!  Nape tak kejut? " tanya Farah sebaik terjaga melihat Haikal sedang melukis dibuku.

"Saya taknak ganggu awak" Balas Haikal tenang, namun masih gelabah cuba menyimpan bukunya.

"Dah pukul berapa ni? "

"Pukul 6:30pm, " jawab Haikal

"Ish dekat satu jam juga saya tido"

"Tak apa, awak kan penat"

"Nak pergi mana? " tanya Farah sambil membetulkan tempat duduk.

"Balik lah,  awak rehat"

"Ermmmm,  yela" jawab Farah lemah.

Hari itu mereka tidak duduk menghabiskan masa sehingga malam, mungkin atas sebab apa yang telah terjadi. Farah masih tidak boeh terima akan apa yang dilaluinya. Dia sebenarnya sudah mula sayang pada Haikal. Namun dia terikat dengan sebuah ikatan. Manakala Haikal pula tidak mampu berkata apa-apa. Kerana itu semua adalah keputusan Farah. Bukan dia yang membuat keputusan itu.

Malam itu handfone Haikal berulang-ulang kali bergema. Ada panggilan yang dibuat kepadanya, tetapi sengaja tidak di jawab. Dia duduk dimejanya sambil merenung jauh ke dalam laptopnya. Dunianya bagaikan kosong, dia sebenarnya sangat mencintai dan menyanggi Farah. Jawapan dari mulut Farah petang tadi sebenarnya sangat memberi kesan pada dirinya. Cuma Haikal lagak seperti tiada apa-apa yang dikisahkan. Jika diikutkan hatinya, ingin sahaja dia menangis lalu memeluk Farah, tetapi dia tahu itu tidak mampu mengubah situasi dan keadaan.

'Awaakkkk'

'Awaakkk plsss jawab panggilan saya'

'Awakk jangan buat saya macam ni'

'Awak,  sampai hati tinggalkan saya'

Bertalu chat dari aplikasi WhatsApp masuk ke dalam handfone Haikal, namun Haikal hanya membaca dan membiarkan chat itu tanpa balasan dan akhirnya Haikal tertidur malam itu dalam kesedihan.

-Jam 5:50 pagi-

Haikal sudah bangun dari tidur, kelihatan dia duduk di mejanya. Menaip sesuatu di laptopnya. Dengan hanya bertemankan lilin aroma thrapy, Haikal kusyuk menaip. Manakala handfonenya tertera 84panggilan tidak dijawab dari Farah. Sengaja Haikal membiarkan, dia perlu menahan dirinya dari terus lemah.

-Jam 7:00 pagi-

Farah membuat panggilan pada Haikal, namun hanya voice mail yang menjawab panggilan Farah. Namun dia tidak berputus asa,  dan masih juga berusaha kerana menganggap handfone Haikal kehabisan betrry.

-Jam 8:40 pagi-

Sekali lagi Farah cuba membuat panggilan pada Haikal, namun masih menerima jawapan yang sama dari Voicemail. Farah mula bimbang akan keadaan Haikal. Jarang sekali Haikal. Membiarkan Handfonenya dalam keadaan mati terlalu lama.

Setelah melihat jam pukul 10 pagi masih tidak dapat menghubungi Haikal, Farah membuat keputusan untuk pergi ke rumah Haikal. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Haikal, kelihatan kereta Myvinya tidak ada. Farah terus membuat panggilan kepada doktor Ayu. Baginya mungkin Doktor Ayu tahu kedudukan Haikal ketika itu.

"Assalamualaikum, Ayu! " Farah menerjah sebaik sahaja panggilannya di jawab. Suara Farah jeas kelihatan cemas.

"Waalaikumusalam, hei Farah. I know you cari Haikal kan? " teka Doktor Ayu sebaik menjawab pertanyaan Farah.

"Ye, pleaseee Ayu. Tell me! " Farah merayu dan mula mengalirkan air mata.

"Hey dont cry baby, but i tak tahu mana Haikal, tapi pagi tadi dia ada tinggalkan bungkusan dekat tempat i. Ada nota for Farah"

"Hahhh! Seriusss? Okay, i datang sekarang" jawab Farah kemudian menamatkan panggilan.

Farah terus bergegas menemui Doktor Ayu, dia masih tertanya-tanya apakah bungkusan tersebut. Selepas mengambil bungkusan itu dari Doktor Ayu, Farah terus pulang ke rumah.

Bungkusan itu dibuka perlahan, namun terdapat Laptop didalam bungkusan itu, tertulis nota pada sehelai kertas PASSWORD : FARAHABDULAH, itu nama farah berserta ayahnya. Sebaik laptop dibuka ada satu fail tertera NOTA COFFEE.

Farah membuka fail tersebut, dan aalngkah terkejutnya farah apabila melihat ia adalah sebuah cerita yang ditulis oleh Haikal tentang hubungan mereka.

Farah membaca cerita tersebut dari awal perkenalan mereka dan sehinggalah hari detik pada pagi itu.

Sebaik habis baca cerita tersebut, Farah terus membuat panggilan pada Ayu.

"Ayuu,  whyyyy!  Whyyy! "

"Maafkan i Farah,  i terpaksa beritahu Haikal terlebih dahulu"

Kini Farah faham mengapa Haikal seperti tidak kisah dengan berita perkahwinannya semalam. Farah terus terbaring di sisi laptopnya. Air matanya menemani Farah ketika itu. Dia buntu, binggung malah sedih dengan apa yang dilaluinya ketika itu.

"Maafkan saya Farah, saya terpaksa pergi. Mungkin memori ini akan menemani hidup awak, simpan cerita ini. Mungkin suatu hari nanti awak akan temui saya, carilah tajuk 'KOPI BERDARAH'. dilaman web, kerana penulisnya adalalah saya"-Haikal

Nota terakhir yang ditinggalkan Haikal pada akhir ceritanya.

4 tahun kemudian

Ketika Farah sedang duduk melayari media sosial Facebook, tiba-tiba matanya terhenti pada satu perkataan tertulis.

TAJUK : KOPI BERDARAH
KARYA : ENCIKHUZAIFAH.

Air mata Farah berderai laju, cerita itu sama seperti cerita yang dilaluinya.

"Hai sayangg, kenapa tu? " tegur seorang lelaki dari belakang.

"Tak ada apa-apa" jawab Farah, lalu mengesat air matanya dengan pantas.

Tamat

#haaaa,  dah habis cerita ni. So harap korang dapat komen pandangan korang. Share la cerita ni,  tapi Farah memang dah baca pun

No comments:

Post a Comment