Saturday, 27 July 2019

KOPI BERDARAH


Tajuk : Kopi Berdarah
Karya : Huzaifah


"Kopi ini menjadi saksi persahabatan kita"- Kata Haikal kepada Farah.

"Iya, Tapi awak harus janji. Tidak akan meninggalkan saya" Ujar Farah pula.

"Saya janji" Haikal melafazkan janjinya, tanpa teragak-agak dan penuh keyakinan.

Kopi Latte itu di hirup perlahan oleh Haikal dan Farah. Mereka menikmati keenakkan kopi dengan penuh kusyuk. Tanpa disedari Haikal, Farah merenungnya. Gadis kecil molek itu cuba membaca apa yang tersimpan di dalam hati sahabatnya itu. Sekian lama mereka terpisah, namun kini mereka bertemu semula dan Haikal itu sudah tidak seperti dahulu. Gaya dan perwatakannya banyak berubah.

"Heii! Menung apa tu?" Tegur Haikal sambil melambai-lambai halus di hadapan muka Farah.

"Tak ada apalah, saya teringat awak dahulu dan sekarang. Banyak Beza" Jawah Farah jujur.

"Hehehe, mana ada beza. Sama je macam dahulu"

"ishh, saya yang tengok. Saya tahu lah"

"Yelaaa, minum kopi tu. Kalau sejuk dah hilang sikit nikmatnya" Kata Haikal sambil matanya melihat ke cawan kopi Farah.

"Baiklah!"

Haikal mencapai Handfonenya, lalu dibuka aplikasi facebook. Sesekali kelihatan Haikal tersenyum sendirian, mungkin ada status atau video yang membuat ia geli hati. Farah yang berada dihadapanya, tidak di hiraukan.

Berang melihat gelagat Haikal yang tidak melayan dirinya. Farah menganggu Haikal dengan merampas handfone milik Haikal.

"Haaaa, saya cakap dengan awk. Tapi sibuk main fone. Nak cakap dengan saya ke tak ni?" Farah menarik muka.

"Ehh, yeke. Maaf saya tadi baca cerita dekat page Arkib Angker Negara" Jawab Haikal cuba memujuk.

"Yelaaa tuuuu" Sambil Farah menjeling tajam.

"Ye. Ehh awak cakap apa tadi?"

"Saya tanya, kemana awak menghilang beberapa tahun sebelum ni?"

"Ohh, saya sakit" Ringkas jawapan Haikal.

"Sakit apa?" Farah cuba mendapatkan kepastian. Dia tidak tahu akan perkara yang terjadi pada sahabatnya tu.

"Sakit biasa je. Abaikan, janji saya dah boleh keluar sekarang"

"Haisshhh suka berahsia!" keluh Farah bengang.

"Bukan berahsia. Betullah"

"Yela, But lepas ni kita nak pergi mana?"

"Balik" Tegas jawapan Haikal.

"Alaaaaa" Farah mula berkelakuan manja. Sebenarnya dia masih belum puas lepak bersama Haikal.

"Apa alaaaaa? Dah pukul 11 malam ni. Cafe ni pun dah nak tutup" Jawab Haikal sambil melihat jam ditangannya.

"Bukan selalu lepak sama. Haisshh" Farah masih cuba memujuk agar terus lepak bersama. Bibirnya di muncungkan tanda merajuk.

"Esok-esok kan ada?" Jawab Haikal sambil mengemas barang-barang untuk pulang.

"Esok awak ada lagi? Janji?" Tanya Farah dengan wajah ceria dan gembira.

"Ada, saya cuti" Haikal memanggil pelayan cafe untuk membuat pembayaran.

"Yeahhhhh! Esokkk! Janji ye" Farah masih berkelakuan ke anak-anakkan.

"Janji, Saya pernah ke hilang? Dan masih cuba menunaikan janji" Jawab Haikal sambil berjalan keluar dari cafe.

"Eleehhhh, tapi dulu tinggalkan saya" Farah Mengungkit kisah lama.

Haikal tidak membalas kata-kata farah. Dia tahu, jika bercakap dengan wanita. Cerita 20 tahun lalu pun bakal di ungkit. Maka Haikal mengambil keputusan untuk diam dari berkata-kata. Farah masih membebel di tempat duduk sebelah pemandu. Segala cerita lama mula di bukanya. Haikal harus cepat menghantar Farah pulang, sebelum cerita 7 tahun lalu dibuka oleh Farah.

 “Sekarang ni saya tanya awak, kenapa dulu awak tinggalkan saya?” Farah masih bertanya soalan yang sama. Haikal hanya berpura-pura fokus dalam pemanduan.

“Heiishh dia ni, orang tanya elok-elok” Farah cuba mendapatkan jawapan tanpa ada perbalahan.

“Saya ada tinggalkan awak ke?” Haikal mula bersuara, sebenarnya dia malas untuk menceritakan semula kisah lama.

“Ada, awak tu tetiba diam”

“Saya diam bersebab”

“Sebab apa?”

“Sebabnya, masa itu awak ada kekasih hati dan waktu itu saya mencintai awak dalam diam. Umpama bertepuk sebelah tangan. Tapi sekarang saya anggap kita sahabat sahaja” Haikal memberitahu hal sebenar.

Suasana menjadi sunyi, Farah diam dari berkata-kata. Dia termenung keluar tingkap kereta. Haikal pula teruskan pemanduan. Hanya tinggal lebih kurang 300 meter sahaja lagi untuk sampai ke rumah Farah, dan ini bakal menyelamatkan dia dari mengimbau kisah lalu.

“Okay, dah sampai!” Beritahu Haikal, sambil matanya merenung ke wajah Farah.

“Awakkkk” Farah bersuara lembut. Kini dia seperti bukan Farah yang Haikal kenali, Farah sentiasa berkasar dengannya. Tiada lembut.

“Apa?”

“Sebenarnya awak tak bertepuk sebelah tangan,” Jawab Farah, membuatkan jantung Haikal sedikit berdegup kencang.

“Tak mengapalah, lagi pun itu cerita lama. Sekarang ni kita tetap sahabat ye” Haikal cuba mengubah situasi.

“Awak tak faham,” Farah masih tidak memandang ke arah Haikal. Matanya tertumpu di luar tingkap merenung jauh.

“Saya mana faham awak” Suara Haikal seakan lemah, sememangnya dia lemah dengan situasi begitu. Apatah lagi dia berhadapan dengan gadis yang pernah dicintainya.

Farah memandang wajah Haikal, wajah lelaki yang sangat dikenalinya, mata yang sedikit kuyu dan redup. Wajah itu melemparkan sedikit senyuman kepadanya. Pintu kereta di buka perlahan. Farah melangkah keluar lemah. Haikal hanya memandang tingkah laku Farah.

“Esok! Janji tau!” Jerit Farah dari pintu gate besarnya.

Haikal hanya membalas dengan senyuman dan kepalanya dianggukkan tanda dia memahami dan ingat akan janjinya.

Setelah melihat Farah hilang masuk ke dalam rumah, Haikal memandu perlahan kereta myvinya membelah kegelapan malam itu. Fikirannya mula terbayang kisah lama saat dia bertemu dengan Farah. Waku itu dia baru sahaja bekerja dan Farah seorang pelajar.

‘Arghh cerita lama, tidak perlu di fikirkan’ bisik hati Haikal. Keretanya kini sudah berada dihalaman rumah. Kelihatan hanya lampu gate luar sahaja terbuka. ‘Pasti mak dan ayah sudah tidur’ Haikal bermonolog sendirian. Perlahan dia membuka pintu rumah agar tidak menganggu mak dan ayahnya yang sedang tidur, lagipun sekarang ni sudah pukul 12 malam.
Haikal merebahkan tubuhnya di atas katil. Fikirannya terbayang wajah Farah saat melihat wajahnya tadi. ‘Ishh macam mana kalau aku jatuh cinta padanya lagi?’, ‘Pasti susah untuk aku terima hakikat nanti’ Haikal masih dengan kata-kata hatinya.

*********************************************

Biarrr~ Biarrr rasa ini~
Tersimpan hanya~

Bunyi ringtone handfone Haikal memecah kesunyian pagi itu. Mata Haikal masih terpejam, namun tangannya meraba mencari handfonenya.

“Heloo” Suara Haikal jelas masih mamai dan lemah.

“Awaaaakkkk,” Suara seorang gadis menyapa manja.

“Ye?” Haikal masih dengan mata terpejam.

“Jangan lupa ya, janji awak hari ini”

Mendengar kata-kata itu, Haikal tahu bahawa yang menelefonnya adalah Farah. Terus matanya dibuka dan melihat ke arah jam. Bimbang jika dia terlajak tidur.

“Ya Allaahh, baru pukul 5 lebih pagi. Nanti petang baru jumpa kan? Lepas awak balik kerja” Haikal mengeluh, terkejut diingatkkan seawal pagi itu.

“Heeee, janganlah marah” Farah tahu akan kesilapannya.

“Mana ada marah, pernah ke saya marah awak?” Haikal membalas lemah, tahu sangat tektik Farah bila rasa diri bersalah atau melakukan kesilapan.

“Ye, tak pernah. Ingat tau,”

“Ya Ampunnnn, saya ingat.” Haikal cuba menahan diri dari marah, kadang rasa nak tergelak dengan sikap kebudak-budakkan Farah.

“Heee, ye. Bangunlah”

“Baiklah,”

Lalu panggilan telefon dimatikan. Haikal menyambung tidur selepas menunaikan solat subuh. Hari itu adalah hari ketiga di bercuti. Haikal telahh mengambil cuti selama 30 hari, tanpa pengetahuan Farah dan rakan-rakan lain.

Petang

Waktu yang ditunggu Farah sudah tiba. Sepanjang hari dia berchat dengan Haikal mengunakan aplikasi Whatsapp, untuk mengingatkan Haikal akan janjinya. Sememangnya Farah akan menuntut janji.

Seperti yang mereka berjanji. Haikal datang ke rumah Farah untuk mengambilnya lalu menuju ke sebuah cafe. Kopi adalah antara minuman kesukaan Haikal, begitu juga Farah.

“Awak, saya ada tempat kopi baru” Farah memberitahu dengan wajah terujanya. Sebenarnya dia terlalu gembira apabila Haikal hadir keluar bersama menemaninya.

“Best ke tak?”

“Best, kawan saya cakap”

“Kawan awak cakap? Huhhh hope kawan awak citarasanya sama dengan saya” Haikal cuba memerli.

“Ishh dia ni. Saya mana lah tahu, kawan saya yang dah pergi, Nanti kita cuba la sama-sama” Farah faham akan kata-kata Haikal.

“Hahahaha, nanti tu bila? Kan kita boleh pergi sekarang?” Haikal cuba mendapatkan keputusan.

“Haa sekaranglah. Jom! Tempatnya dekat dengan DIY taman kenangan”

“Ohh sana, saya tahu”

“Haa nanti sampai sana saya tunjuk”

“Baiklah!”

Kereta dipandu terus ke lokasi. Haikal tidak mahu membuang masanya di atas jalan. Sepanjang perjalanan, mereka berbual kosong. Perjalanan mengambil masa 15 minit dari rumah Farah itu, mampu membuka hampir 10 topik cerita termasuklah hal semasa.

Seperti biasa, Haikal akan cuba kopi yang terbaik di cafe yang dikunjunginya. Manakala Farah pula akan disuruh minum air selain kopi. Ini kerana Farah ada alahan pada kopi iaitu dia akan mengalami sakit perut dan akan kerap membuang air besar sehingga lemah tubuh.

Sesudah makan dan ketika menikmati kopi, Farah memandang tepat ke wajah Haikal. Sepertinya ada sesuatu yang ingin dibicarakan, Haikal hanya membalas dengan pandangan kosong. Itulah sifat Haikal yang membuatkan Farah rasa geram dan marah.

“Awakk” Farah memulakan bicara, dari nadanya jelas ia tampak serius.

“Ye”

“Saya nak tanya awak sesuatu boleh?”

“Tanyalah, jika saya mampu jawab. Saya akan jawab”

“Hurmm harap awak tak terasa hati atau marah ya”

“Ye, tanyalah” Jawab Haikal dengan senyuman.

Farah menarik nafas dalam dan perlahan, air applenya di teguk beberapa kali sebelum melemparkan persoalan.

"Kenapa awak tinggalkan saya dulu? Saya sampai sekarang masih tertanya-tanya" Farah melemparkan soalan, matanya tajam merenung ke arah mata Haikal.

Haikal menundukkan kepalanya merenung jauh kedalam air coffee rose latte nya. Nafasnya fi hembus perlahan. Seakan berat untuk menjawab pertanyaan Farah itu.

"Awakk," Haikal mula bersuara, namun matanya masih merenung kedalam air kopi nya.

Farah hanya diam menunggu jawapan yang akan keluar dari mulut Haikal. Agak lama juga situasi sunyi sepi tanpa kata-kata dari Haikal. Tiba-tiba Haikal mendongakkan kepalanya sedikit ke wajah Farah. Bibirnya mula bergetar untuk memulakan cerita.

7 Tahun lepas...

"Hai Farah, ceria je hari ni?" Tegur Haikal di sebuah kedai koperasi.

"Hai, Biasa sahaja" jawab Farah ringkas.

"Ohh," Kemudian Haikal melemparkan senyuman.

Waktu itu perkenalan Haikal dan Farah sudah agak lama. Senang kata mereka sudah seperti teman tapi mesra. Setiap hari mereka sentiasa bersms. Adakala mereka keluar bersama dan semestinya dalam keakraban itu Haikal mulai jatuh cinta dengan sikap Farah yang sentiasa berkasar dengannya. Tetapi Haikal tidak mahu meluahkan perasaannya,kerana bimbang ia bertepuk sebelah tangan.

Pada suatu hari Haikal bertanya kepada rakan Farah tentang status Farah. Mengejutkan apabila mengetahui bahawa Farah sudah mempunyai kekasih. Semenjak mengetahui hal itu, Haikal mengambil keputusan untuk kurangkan pergaulan dengan Farah. Dia tidak mahu menjadi asbab kepada pergaduhan atau perpisahan pasangan itu. Oleh itu Haikal kurang berSms dan keluar lepak dengan Farah.

Pada suatu hari dia ditimpa penyakit. Disebabkan itu Haikal terus membawa diri dan fokus dalam rawatannya. Selama hampir 4 tahun Haikal dalam proses rawatan, dia tidak pernah lupa tarikh lahir Farah dan setiap tiba tarikh lahir Farah. Akan sampai hadiah atau kek dari Haikal. Namun pemberinya dirahsiakan.

"Maknanya! Awak lah yang beri semua tu dahulu? Serius?" Farah terkejut apabila mengetahui akan hal itu.

"Iya, Itu bukti saya tidak pernah tinggal dan lupakan persahabatan kita" Haikal membalas lemah.

"Awak! Kenapa perlu buat macam ni? Kenapa tak nak tanya saya dahulu? Saya boleh explain dekat awak tentang hubungan saya"

"Tak apalah awak. Lagipun itu hal lama, dan saya terima semuanya"

"Tapii awakkk!" Farah terhenti dari berkata-kata. Matanya mulai berkaca. Seakan ada sesuatu yang di pendam.

"Tapi apa?" Soal Haikal dengan wajah blur dan slumbernya. Seperti tiada apa yang berlaku.

"Tapi, saya cari awak, saya rindu awak, saya sayang awak. " luah Farah, masih menahan air matanya.

"Maafkan saya, but sekarang saya ada depan awak kan?" Jawab Haikal cuba memujuk.

"Ye. Janji jangan tinggal saya lagi" nada suara Farah jelas lemah dan sedih.

"Insyallah"

"Tengok tu! " jerkah Farah.

"Tengok apa? "

"Awak tak janji pun?! "

"Eh dah tadi"

"Awak cakap insyallah! "

"Yela, sebab saya tak pasti jika saya pergi dulu dari awak" Haikal menerangkan sebab dia berkata begitu.

"Hurmm"

Selepas keadaan menjadi tenang semula. Mereka bersembang seperti biasa. Banyak yang di ceritakn dan di adukan oleh Farah pada Haikal. Sememangnya dari dahulu lagi Farah sangat suka mengadu kepada Haikal. Mungkin kerana Haikal yang bersifat terbuka atau tidak bercerita pada orang lain, membuatkan Farah murah bercerita halnya kepada Haikal.

Masa berlalu dengan pantas, waktu untuk menghantar Farah pulang juga sudah tiba. Haikl bangun lalu membuat pembayaran. Farah sempat mengetik beberapa gambar candid Haikal.

Ketika jalan keluar dari cafe, Farah sibut membuat rakaman video mengunakan telefon bimbitnya. Gelak tawa Haikal sangat di gemari oleh Farah kerana lelaki itu adalah seorang yang susah untuk tertawa.

"Hei apa ni rakam-rakam" tegur Haikal, apabila melihat Farah terkedek-kedek berlari anak dihadapannya, sambil menghalakan kamera handfone kearahnya.

"Senyumm! Hei Goblin! Jangan malu-malu! Senyumm pleaseee! " Farah menganggu Haikal yang telah merah padam mukanya.

"Haisshh budak ni," balas Haikal sambil tangannya memegang kepala Farah lalu mengusap seperti mengusap kepala anak-anak kecil.

Apabila Haikal melakukan perkara itu, Farah terhenti dari melangkah, gelak tawanya tadi sunyi tiba-tiba. Kini dia terkaku sepi bagaikan patung, matanya melihat Haikal berlalu melangkah pergi ke kereta tanpa menghiraukannya.

"Hei mak cik! Cepatlah, buat apa dekat situ" Tegur Haikal apabila melihat Farah masih tercegat beberapa meter dibelakangnya.

"Kejap! " ujar Farah, seakan baru tersedar dari lamunan.

Farah berlari anak ke arah Haikal, lelaki berpewatakkan sombong itu masih setia menunggu. Wajahnya sidikit pun tidak tersenyum, atau marah. Kelihatan wajahnya kosong memandang ke arah Farah

Sepanjang perjalanan ke rumah Farah, Haikal berbual kosong bertanya tentang pekerjaan dan harian Farah. Sesekali terdengar gelak tawa Farah dan kelihatan senyuman Haikal.

Malam itu indah bagi mereka berdua, persahabatan yang mungkin tidak akan terpisah. Malah mungkin kekal hingga akhir dunia.

Hari berganti hari, mereka berdua semakin mesra, seperti dahulu awal perkenalan. Tiada dendam atau kemarahan yang tersimpan didalam hati masing-masing. Sehinggalah pada hari ke 5 pertemuan mereka. Ketika itu di sebuah cafe sambil menikmati kopi, Haikal menyatakan sesuatu

"Farah, boleh tak saya tanya sesuatu? " kata Haikal tiba-tiba.

"Tanyalah"

"Kenapa awak masih nak keluar denan saya. Awak tak takut ke jika kita saling mencintai lagi? " tanya Haikal tenang.

"Sebab awak kawan saya, awak jangan risau. Saya tidak akan jatuh cinta dekat awak lagi, saya tak marah atau benci awak. Tapi jika lelaki yang saya cintai itu meninggalkan saya, saya tidak akan mencintainya lagi. Dan itu yang pernah awak buat. Saya tidak marah awak, tidak benci tetapi kita tetap kawan" Farah menerangkan kecekalan hatinya.

"Baiklah jika begitu"

"Saya tak marah awak tau, tak benci. Awak jangan kecik hati pula." Farah cuba menerangkan maksudnya.

"Heee jangan risau, saya tak akan berangapan begitu"

"Okay, tapi saya belum tahu sesuatu"

"Apa? "

"Awak sakit apa? "

"Sakit misteri, but dah okay. Maksud saya banyak perubahan dah"

"Sakit macam mana tu? "

"Ala susah la nak terangkan, lagipun awak seorang doktor, tidak mungkin percaya dengan apa saya katakan dan ceritakan" Haikal cuba mengelak dari bercerita.

"Awak nk! Ingat saya tak percaya ke dengan cerita-cerita mistik, saya ada juga baca kisah dekat Arkib Angker Negara pasal mistik-mistik ni" Farah cuba menyakinkan Haikal untuk bercerita.

"Okay ceritanya begini" Haikal memandang sekeliling sebelum ingin memulakan cerita. Wajah Farah teruja menunggu cerita dari Haikal. Selama ini pun Haikal memang selalu bercerita untuk Farah. Malah sebelum tidur, Farah akan membuat panggilan pada Haikal untuk berbual dan mendengar cerita sebelum dia tertidur lalu Haikal akan menamatkan panggilan.

Haikal baru sahaja pulang dari kerja, keletihan yang dialaminya membuatkna Haikal tertidur petang itu. Namun kelaparan yang menyerang perutnya secara tiba-tiba, membuatkan Haikal terjaga sebelum azan magribh. Lantas Haikal mengajak rakan serumahnya pergi makan bersama. Kalau bab makan, Haikal sememangnya tidak boleh bawa berbincang. Dia harus menunaikan permintaan perutnya ketika itu juga.

"Nak makan dekat mana ni? " tanya Azmi rakan serumah Haikal.

"Memana jela, janji perut aku berhenti main music" jawab Haikal tersenyum.

"Hahaha kau nya perangai eak! Tengah lena tido pun boleh bangun nak pergi makan"

"Hehehe makan untuk hidup beb, tapi tidur untuk rehat" Haikal menjawab

"Ada je jawapan kau kan"

"Ehhh! Kita makan dekat kedai tu! " ujar Haikal sambil menunjukkan kearah sebuah kedai yang terdapat di tepi jalan.

"Okay" jawab Azmi, lalu memberi signal dan masuk ke perkarangan kedai.

Belum sampat engin kereta dimatikan, Haikal telah keluar dari kereta. Dia tidak sabar untuk menikmati makanan. Azmi hanya tersenyum melihat gelagat Haikal.

"Bagi saya lontong goreng 1, air milo O suam" Haikal membuat pesanan setelah memilih menu yang diberikan oleh pelayan kedai.

"Saya pun sama" jawab Azmi, malas membuat pilihan.

Setelah pesanan mereka tiba, Haikal dan Azmi menikmati maknan tersebut. Suara laungan azan juga mulai kedengaran bergema di udara.

Selepas habis makan. Sewaktu Haikal meletakkan sudu dan garpu dipingan, waktu itu seperti ada sambaran elektrik dari tanah yang menyentuh kakinya lalu menyelinap hingga ke jantungnya. Rasa itu jelas dirasai oleh Haikal. Dengan pantas Haikal meminta air suam dari pelayan, dan membaca beberapa ayat lalu diteguk perlahan. Azmi yang melihat keadaan Haikal, berasa pelik.

"Wei, kau okay tak? Kenapa? " tanya Azmi

"Okay, cuma aku rasa lain sikit badan"

"Kalau tak okay, kita pergi hospital"

"Okaylah," Haikal terus bangun selepas membuat pembayaran.

Waktu itu Haikal sudah rasa kepalanya berpusing, badannya mengigil sendiri. Bagai ada sesuatu yang sedang mengawal tubuhnya.

Sampai sahaja dirumah, Haikal terus malabuhkan tubuhnya untuk berehat. Kepalanya makin laju berpusing, sehingga ketika baring juga terasa keadaan berpusing, dan akhirnya Haikal tertidur di ruang tamu.

_Pagi_

Pagi itu Haikal terjaga dari tidur seperti biasa. Kepalanya sudah rasa okay sedikit, tubuhnya juga sudah tidak mengigil. Selepas mandi dan kemas biliknya, Haikal ke dapur untuk bersarapan. Namun sebaik sahaja makanan di capai, jantung Haikal berdegup laju, nafasnya menjadi berat seperti orang semput. Haikal terus meletakkan semula makanan dan mengusap dadanya.

'Ish, kenapa dengan aku ni?' Tanya Haikal sendirian. Di capai air suam lalu di teguk perlahan, dan ketika itulah Haikal yakin dirinya mengalami masalah. Air yang di tegur itu tersangkut di kerongkong. Haikal mengelabah seperti orang tercekik sesuatu, dia lemas tidak mampu bernafas.

'Allahh! 'Allahh! '

Jerit Haikal didalam hati, Azmi pula sudah tiada ketika itu. Kini dia berserah segalanya pada Allah sehinggalah akhirnya dunia menjadi gelap. Haikal pengsan di dapur.

Tidak lama selepas itu, Haikal tersedar kembali dan dia sudah mampu bernafas. Pada hari itu, Haikal mengambil cuti dan membuat pemeriksaan di hospital. Keputusan doktor menunjukkan dia bebas dari sebarang penyakit bahaya dan kronik.

Semenjak peristiwa itu Haikal hidup dalam kelemasan, tidak boleh menjamah makanan dan minuman, jalannya terhad, pada waktu malam dia tidak mampu keluar rumah dan akhirnya dia berhenti berkerja kerana tubuhnya juga sudah seperti tengkorak hidup.

Haikal membawa diri balik ke kampung halaman, pelbagai tempat klinik atau hospital swasta sudah dia pergi. Namun jawapannya sama, sehinggalah akhirnya dia berubat secara kampung. Barulah ada perubahan sedikit, dia sudah mampu makan dan minum sedikit.

"So sekarang awak dah sihat ke?" Tanya Farah setelah mendengar cerita Haikal.

"Alhamdulillah sudah mula pulih, seperti awak lihat sekarang" Jawab Haikal sambil melemparkan senyuman manis.

"Eiii gedik! Tak yah lah senyum macam tu"

"Aik senyum pun salah"

"Tak salah, tapikan awak nampak macam orang sihat"

"Kan saya memang sihat, yang sakit hanya dalaman"

"Awak dah buat ujian darah semua? " Farah cuba mendapatkan kepastian.

"Sudah, last sekali saya buat MRI. Keputusannya sama juga"

"Owh, kalau macam tu, memang awak berubat la cara kampung"

"Dah juga"

Selepas mendengar cerita Haikal itu, Farah fahamlah mengapa Haikal tiba-tiba hilang sebelum ini. Namun Farah masih dengan hatinya bahawa dia tidak akan terima cinta Haikal lagi. Malah dia sangat yakin akan dirinya. Tidak pasti sama ada sebenarnya Farah masih marah kepada Haikal.

Hubungan mereka kekal rapat, hampir setiap hari mereka keluar bersama. Malah Haikal sentiasa akan datang ke Hospital mengambil Farah untuk sarapan bersama.

Tanpa sedari kini hampir 20 hari sudah berlalu, cuti Haikal juga sudah hampir habis.

Pada hari ke 25 cuti, Haikal bertemu Farah untuk menikmati sarapan pagi dan dia ingin menyatakan sesuatu kepada Farah.

"Awak, saya nak cakap sesuatu ni" Haikal memulakan perbualan pagi itu.

"Cakap apa? "Tanya Farah, sambil mee bandung penuh dimulutnya. Gelagat Farah itu membuatkan Haikal tersenyum seketika.

"Cuti saya dah nak habis, mungkin lagi 3 hari saya dah nak balik semula" Haikal memberitahu halnya

"Alaaaa! Kejapnya cuti! " keluh Farah yang masih tidak puas lepak bersama.

"Hahaha kejap awak cakap?! Dah 25 hari saya cuti, dan hampir setiap hari kita lepak bersama" ujar Haikal.

"Alaaa kejap la tu"

"Heee, lama la. But esok awak cuti kan? Saya datang rumah ambil awak pukul 11am ye" kata Haikal.

"Okay, tapiiii"

"Tapi apa? Awak busy ye? Ada locum ke? Kalau gitu tak mengapalah. Hari lain ada" Haikal memotong cakap Farah.

"Ish belum habis cakap dah menyampuk. Tapi hari ni tak nak lepak ke malam ni? " Tanya farah sambil tersengih mempamerkan susunan giginya yang cantik.

"Yelaa, lepak kejap je. Saya ada nak jumpa kawan malam ni nanti"

"Yeahhh! Janji ea! "

"Ye Janji"
Perbualan mereka habis disitu. Habis sarapan, Haikal terus menghantar Farah ke Hospital semula.

Malam itu seperti yang di janjikan, mereka lepak bersama. Sesekali kelihatan mereka bergelak tawa. Farah menunjukkan galeri handfonenya kepada Haikal. Banyak sungguh video yang dirakam secara curi dan gambar Haikal secara curi.

"Wei tak baik tau curi rakam! Hahaha" kata Haikal bergurau.

"Biarlah, inikan Goblin saya" jawab Farah sambil menarik handfonenya kembali, apabila sedar Haikal ingim memadam video dan gambar yang terdapat dalam handfonenya.

"Ishh, padam lah, nanti awak sakit. Padan muka. Heheheh" kata Haikal lagi cuba menakutkan Farah. Dia tahu Farah seorang doktor yang sangat takut untuk ditimpa penyakit.

"Ishh tak baik doakan macam tu, biarlah nak simpan. Kedekut! " balas Farah sambil mencebik bibirnya ke Haikal.

Kemudian terdengar gelak tawa mereka berdua. Pelayan cafe sudah sangat mengenali mereka berdua. Umpama pelangan tetap di cafe tersebut. Mereka gelarkan cafe bangla.

Keesokkan harinya, jam 11:00am. Haikal sudah sampai di hadapan pintu rumah Farah, kelihatan Farah terkedek-kedek menghampiri kereta myvi Haikal. Sebaik pintu dibuka, Farah terkedu diam. Matanya tidak berkelip memandang Haikal.

"Hei! Nak jadi patung ke? " Tanya Haikal.

Farah masih terdiam, lalu perlahan-lahan senyuman dibibirnya terukir, semakin lama semakin lebar senyumannya. Kmudian dia menutup mukanya malu. Tidak di sangka Haikal datang dengan sejambak bunga.

"Untuk saya ke? " tanya Farah malu.

"Yela, takkan untuk jiran awak. Ni tanda persahabatan kita" ujar Haikal.

"Ye, saya terima ni. Tapi jangan ingat saya beri harapan pula" jawab Farah sambil mencium jambak bunga segar itu.

Haikal hanya mengangguk tanda faham, dia hanya melihat gelagat Farah. Dia berniat untuk membawa Farah makan di kedai shushi King dan kemudian berjalan sepanjang hari hingga ke malam.

Mereka meluangkan masa bersama pada hari itu, dari pagi hingga ke malam. Hampir ke semua cafe mereka pergi dan sememangnya cafe terakhir pada hari itu adalah Cafe Bangla. Sambil menikmati kopi, mereka merehatkan badan. Penat berjalan dan meronda satu hari. Wajah Haikal nampak keletihan.

"Kesian awak, melayan saya satu hari ni! " ujar Farah.

"Alah tak pelah, lepasni cuti saya dah habis"

"Alaaa lepas ni tak adalah orang jaga saya lagi" Farah mula rasa bakal kehilangan sahabatnya yang umpama bodyguard.

"Hahahaha ada la yang akan Allah gantikan nnati"

"Yela, nanti dah balik sana jangan lupa saya tau! "

"Takkan lah saya nk lupa awk. Takut awk yang lupa saya" jawab Haikal sambil menghirup kopinya.

Tiba-tiba Farah merenung wajah Haikal. Terus ditarik tangan Haikal bersama cawan kopi yang masih dalam peganggannya. Berkerut dahu Haikal melihat wajah dan tingkah laku Farah. Pelik kerana seperti ada sesuatu yang membuatkan Farah berkelakuan begitu.

“Eh awak! Kenapa ni” Farah menegur dengan wajah pelik, dia menarik tangan Haika dan melihat ke arah cawan kopi. Kelihatan beberapa titis darah di cawan dan didalam Kopi latte itu.

“Eh, mana saya tahu” Pantas Haikal juga melihat jari atau tangannya jika ada luka.

“Awak tak payah lah minum kopi ni dah!” Farah melarang.

“Baiklah!” Balas Haikal tanpa membantah.

Selepas melihat kejadian pelik itu, Haikal pantas mengajak Farah pulang. Sepanjang perjalanan di dalam kereta. Haikal dan Farah hanya berdiam diri. Tiada apa yang mereka sembangkan, mungkin kerana masih memikirkan apa yang baru terjadi tadi.

Sebaik sampai di hadapan rumah Farah, Haikal seperti biasa akan melihat sehingga Farah selesai mengunci gate dan pintu, barulah Haikal pulang ke rumah. Dia sangat menjaga akan keselamatan Farah, mungkin kerana itu Farah rasa selamat dan selesa ketika keluar bersama Haikal. Bagi Farah, adakala Haikal seperti bodyguardnya.

Dalam tidak sedar, kini sudah 25 hari Haikal menghabiskan cutinya di kampung. Kini cutinya hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Dia harus berjumpa dengan Farah untuk memberitahu hal ini. Jika tidak pasti Farah akan memarahinya.

Pada keesokkan harinya, Haikal mengajak Farah keluar untuk sarapan bersama. Ketika mereka menikmati sarapan pagi itu, Haikal memulakan perbualan.

“Awak, saya nak cakap something ni” perlahan suara Haikal menegur.

“Nak cakap apa?” Tanya Farah, mulutnya masih penuh dengan mee bandung muar itu. Telatah Farah membuatkan Haikal tersenyum kecil.

“Cuti saya dah nak habis, saya dah nak balik. Lagi 3 hari saya balik”

“Haaaa? Kenapa kejap je cuti?” Tanya Farah terkejut.

“Kejap awak cakap? Ehh saya cuti dah lebih 25 hari tau, hampir setiap hari kita lepak bersama. Kejap apa awak cakap?” Haikal cuba menyedarkan Farah.

“Alaaa, jangan la marah” Farah tersipu-sipu, mula berkelakuan manja apabila sudah tersilap.

“Tak marah, hehe”

“Tapi sebelum awak balik, nanti jumpa saya ye!”

“Ye, mestilah saya jumpa awak dulu.”

“Yeahhhh”

Kemudian mereka sambung semula menjamu selera pagi itu. Haikal tersenyum melihat Farah makan. Masih seperti dahulu dia kenali.

Hari yang dinanti sudah tiba, sepeti yang dijanjikan oleh Haikal untuk menemui Farah terlebih dahulu sebelum pulang. Maka Haikal menyiapkan barang-barangnya kemudian bergerak ke hospital untuk menemui Farah. Pagi-pagi buta lagi Farah sudah suruh temuinya jam 11:00am pagi, kerana pada waktu itu dia ada masa untuk berjumpa Haikal sebelum perlu pulang semula ke Ward untuk melakukan kerjanya.

Apabila Haikal sudah sampai di hospital, kereta myvi itu diletakkan dibawah sebuah pokok besar. Agar keretanya berteduh sedikit dari cahaya matahari. Chat telah dihantar pada Farah beserta gambar lokasi Haikal meletakkan kenderaannya.

Tidak lama kemudian kelihatan Farah berlari anak ke arah Haikal, ditangannya mengengam 3 kuntum bunga rose berwarna merah yang diikat dengan seutas tali diperbuat dari kulit kayu.

“Nah untuk awak!” Farah menghulurkan bunga tersebut pada Haikal.

“Untuk saya? Serius lah?”

“Serius la”

“HahAhahaha macam pelik”

“Hehehe diam lah! Jaga bebaik sampai ke destinasi nanti ye” Kata Farah malu-malu, mukanya mula merah padam.

“Baiklah, but thank” Balas Haikal ringkas.

“Awak nak tahu tak?”

“Tahu apa?”

“Handfone saya masuk dalam air bunga tadi, masa beli bunga untuk awak tadi. Gelabah takut tak sempat, maaflah saya ikat macam tu je tak balut lawa-lawa” Farah mula mengadu nasib handfonenya.

“Laaa, abistu handfone awak okay tak tu?”

“Okay dah, dah boleh chat awak. Hehehehe” Sempat lagi dia bergurau.

“Okaylah, saya nak gerak dulu, takot lambat sampai nanti” Balas Haikal sambil berlalu masuk ke dalam kereta.

“Nanti dah sampai call saya tau!” Jerit Farah pada Haikal yang gerak perlahan meninggalkan Farah dibawah pokok besar itu.

Haikal hanya membalas jawapan Farah dengan menunjukkan isyarat OK mengunakan tangan. Farah masih berdiri tidak berganjak dari tempatnya. Matanya melihat kereta Haikal yang semakin jauh dan akhirnya hilang dari pandangan. Tiba-tiba terasa air mengalir dipipinya, Farah pantas mengelap. ‘Pelik! Kenapa dengan aku ni?’ bisik hati Farah.

Semakin lama air itu semakin laju mengalir dan akhirnya Farah menangis teresak-esak. Hatinya benar-benar tidak mampu bertahan lagi.

“Hello?” Haikal menjawab panggilan dari Farah, dia pelik kerana tidak sampai 5 minit, Farah membuat pangilan. Dalam fikiran Haikal, mungkin dia ada tertinggal barang.

“Awaaaaakkk! Patah balikkkk!” Jerit Farah dalam tangisan.

Mendengar tangisan Farah, Haikal terus membuat pusingan kembali. Dia terus menuju ke pokok tempat pertemuan mereka tadi. Sebaik sahaja sampai di situ, Haikal jelas melihat Farah masih berdiri tercegat dengan tangisan. Haikal keluar dari kereta lalu menghampiri Farah.

“Awak kenn”.... Belum sempat Haikal menghabiskan persoalannya, Farah melangkah ke Haikal, lalu memeluk erat tubuh Haikal. Tangisan Farah jelas kedengaran menunjukkan dia sedang teramat sedih.

“Awak kenapa ni? Cuba cerita” Haikal cuba memujuk.

“........” Tiada jawapan dari Farah, namun hanya gelengan kepala di tubuh Haikal sahaja yang diberikan.

“Hei, Malulah doktor menangis” Haikal masih cuba memujuk.

“Saya Rinduuuu” Farah bersuara perlahan, sambil melepaskan pelukan perlahan-lahan.

“Kah Kah Kah, Hei awak. Tak sampai 5 minit tau saya pergi” Haikal tertawa besar melihat gelagat Farrah, setahunya Farah bukan gadis seperti itu sebelum ini.

“Eiiiii awak ni! Orang rindu bebetullah!” Farah mula rasa malu dengan dirinya sendiri.

“Saya tak cakap pun rindu memain, hehehe”

“Janganlah gelak!” Farrah cuba menutup mukanya. Dia sendiri malu dengan kelakuannya.

“Dah-dah, saya ni nak balik. Macam mana nak balik kalau awak rindu saya” Haikal cuba mengusik.

“Dah lah!”

“Okay-okay, dah ea. Jangan sedih-sedih. Nanti sampai sana saya Call awak tau” Haikal menabur janji, sebenarnnya cuba memujuk.
“Janji ea”

“Ye Janji.”

Sebelum Haikal kembali ke keretanya, dia sempat mengusap kepala Farah, tidak ubah dilakukan seperti anak-anak kecil. Farah Hanya diam terpaku melihat Haikal berlalu pergi dan akhirnya hilang dari pandangan. Dia kini kena tahan dan hanya menunggu panggilan dari Haikal sebaik Haikal tiba ke destinasi.

Beepp... Beepp.. Beepp..
Bunyi mesin nadi kedengaran, Haikal sedang tidur nyenyak. Keadaannya sekarang mulai stabil. Dengan bantuan Dr Ayu, serba sedikit mampu membuatkan keadaan Haikal terkawal. Farah pula sedang sibuk membaca dan mengkaji penyakit Haikal. Sehinggakan waktu tidurnya juga semakin terganggu dan berkurangan. Balik dari kerja, dia akan menyambung pengkajiannya. Sesekali dia akan berhubung dengan doktor-doktor lain yang lebih pakar dalam kes Haikal. Kesungguhan Farah sangat di luar jangkaan.

Beberapa kali Dr Ayu sudah memberitahu Farah bahawa penyakit Haikal amat terpencil kesnya. Buat masa ini mereka masih tidak menemui jalan penyelesaian, tetapi sekadar melambatkan penyakit itu menganas.

"Haikal, how are you today?" Bisik Farah ke telinga Haikal yang sedang tidur. Tiada jawapan yang di terima oleh Farah dari Haikal.

"Farah, you rehat lah. In Sha Allah Haikal akam sembuh. You pun dah banyak bantu dia" tiba-tiba doktor Ayu menegur dari belakang, entah bila dia masuk pun Farah tidak sedar.

"Ayuuuu," jerit farah sambil berlari llau memeluk rakannya itu.

"Sabar ya, I akan pastikan Haikal di jaga rapi" Doktor Ayu menabur janji, sebenarnya cuba memujuk Farah.

Tangisan Farah kedengaran halus, sengaja dia menerkup mukanya ke bahu Ayu, agar esakkannya tidak didengari oleh orang lain. Ayu mengusap-ngusap belakang Farah, agar rakannya itu kembali tenang.

Farah menyelak helaian rekod Haikal, seperti yang diberitahu Ayu, bahawa Haikal dalam keadaan stabil dan menunjukkan tindak balas positif. Tetapi hati Farah masih tidak tenang selagi Haikal tidak sembuh sepenuhnya. Doktor Ayu pula bertungkus lumus menjaga Haikal demi rakannya.

Minggu berganti minggu, kini keadaan Haikal semakin baik. Dia sudah mulai boleh berjalan, walaupun memerlukan bantuan tongkat. Sesekali dia akan kehilangan memorinya, namun hanya memori 10 minit sebelum kejadian. Bererti memori lamanya masih diingati, dan dia masih mengenali Farah serta Doktor Ayu.

Hari dan waktu yang ditunggu telah tiba, Haikal dibenarkan keluar dan pulang ke rumahnya. Dengan bantuan Farah, Haikal dapat pulang ke rumah tanpa masalah. Buat masa sekarang, dia masih tidak berani untuk memandu. Di rumah pusaka peninggalan ayah dan bondanya itu Haikal bakal menghabiskan waktu yang dia ada. Tidak diketahui selama mana akan dia mampu bertahan di dunia yang indah itu.

Farah meninggalkan Haikal sendirian. Rumah itu tampak semakin usang, sawang dan habuk mulai cuba menguasai ruang rumah. Haikal meletakkan begnya di dalam. Dia bergerak perlahan dengan bantuan tongkat. Sedikit demi sedikit dia membersihkan ruang rumah tersebut. Bilik utama sudah bersih, gambar bonda dan ayahnya disusun kemas.

Haikal masuk ke ruang biliknya dahulu. Meja dan katilnya masih dalam keadaan baik. Cadar katil di ganti baru, mejanya lap dan di kemaskan kembali. Laptopnya diletakkan dimeja. Kini dia bakal tinggal di rumah pusaka itu dan menikmati keindahan dunia.

Haikal merebahkan tubuhnya ke tilam. Matanya di pejam erat. Nafas di hembuskan perlahan-lahan.

"Bonda! Aku sangat perlukan bebelan mu saat ini untuk kekuatan diriku"Haikal bermadah sendirian sebelum dia tertidur kepenatan.

Biarrr~~ Biarr rasaa inii~
Tersimpan Hanya Untuk Aku~~

Lagu ringtone handfone Haikal memecah kesunyian rumahnya. Haikal mencapai handfonenya, kelihatan nama Farah tertera di screen handfone.

"Hello" Haikal memulakan perbualan, sebaik panggilan itu di jawab.

"Awak buat apa?! Kenapa tak angkat saya call? Dari tadi saya call" bertalu Farah melontarkan soalan.

"Ni saya angkat" jawab Haikal bersahaja, seperti tiada melakukan kesalahan.

"Ishhh, awakkk ni! Saya risau tau tak"

"Laa risai kenapa? Saya ada je dekat sini, terlelap tadi"

"Yela tu, awak dah makan belum? " tanya Farah dengan nada perlahan dan manja. Begitulah sifat Farah, dia terlalu cepat gelabah dan risau.

"Belum, kejap lagi saya pergi makan la" jawab Haikal ringkas.

"Ehh dia ni, awak nk pergi makan macam mana? Larat ke? "

"Hehehe, ni Haikal lah! " sifat lagak dia mula keluar.

"Belagak, belagak! Nanti sakit kan susah"

"Alah, sakit saya bukan awak"

"Ye bukan saya, tapi hati saya sakit gak nanti. K bye" jawab Farah lalu menamatkan panggilan.

Haikal melihat jam di handfone, '07:50pm, eh dah magribh la' Haikal berbisik sendiri. Dia cuba bergerak pantas seperti selalu, tiba-tiba dia terhenti. Kaki dan pinggangnya terasa bisa. Akibat dari kejutan pergerakan membuatkan tubuhnya sakit. Dia lupa akan dirinya sedang menangung sakit.

Haikal gagahkan juga ke tandas untuk mengambil wudhuk, lalu menunaikan solat magribh. Tangisan Haikal mula kedengaran, jelas lelaki itu teramat sedih dengan apa yang menimpa dan dugaan pada dirinya.

Selepas habis solat, Haikal sambung mengemas bilik, dan duduk ke mejanya. Laptop dibuka perlahan. Dia sambung menulis notanya, dan sesekali dia membaca nota-nota lamanya. Dengan bantuan nota itu, sekurang-kurangnya Haikal mampu mengingat kembali memori lamanya.

Tinn.. Tinn.. Tinn..
Bunyi hon kereta di hadapan rumah pusaka itu membuatkan Haikal bangun untuk melihat.

"Awakkk jom" suara Farah menjerit dari dalam kereta sebaik sahaja melihat Haikal menjengah di balik tingkap.

"Ish! Bukan nak cakap awal-awal. Kejap" lalu Haikal masuk ke dalam untuk mengambil beg galasnya.

Kereta di pandu perlahan menuju ke satu destinasi yang tidak diketahui. Haikal hanya diam membiarkan Farah memandu.

"Awak, " tiba-tiba Farah bersuara lembut.

"Ye" ringkas Haikal membalas.

"Kenapa baru sekarang awak muncul ya? "

"Eh, sebelum ni pun saya ada je"

"Tapi tak rapat seperti sekarang"

"Oh, sebab dulu saya sakit" Haikal memberi alasan.

"Sekarang pun sakit" Farah membidas alasan Haikal, dia tidak terima alasan Haikal.

"......... " Haikal melihat ke luar tingkap, cuba mencari jawapan yang sesuai.

"Kenapa diam? Saya tanya ni kan"

"Tak ada apalah, but ni nak pergi mana sebenarnya? " Haikal cuba menukar topik

"Adalah, tempat baru. Hehehe" Farah teruja untuk menunjukkan cafe baru.

"Tak habis-habis tempat baru" keluh Haikal.

"Diam la, awk ikut je" balas Farah ringkas.

Kereta Saga jenis BLM Farah membeah kesunyian malam itu. Sehinggalah tiba di satu lorong, kereta dibelokkan ke kiri dan berhenti di hadapan sebuah kedai. Dari luaran kedai itu tampak simple binaan dan deconya. Haikal keluar dari kereta lalu melihat signbord kecil tertulis Cafe 1988.

"Wow! " Haikal bersuara ringkas.

"I know, awak suka angka 8 kan" Balas Farah sebaik melihat senyuman dibibir Haikal.

"Thanks," Haikal merasa dirinya di hargai. Tidak dia sangka Farah mengetahui angka kegemarannya.

Mereka berdua masuk ke dalam cafe. Susunannya indah mengamit memori tahun 88, membuatkan Haikal sentiasa tersenyum indah. Farah pula hanya melihat gelagat dan tingkah laku Haikal. Lelaki itu sedikit sebanyak pernah menambat hatinya suatu ketika dahulu. Namun kini mereka lebih senang bergelar sahabat.

Seperti biasa, Haikal akan duduk di satu sudut penjuru dan mempunyai suasana yang agak tenang. Coffee Capuccino menjadi pilihan hati Haikal, manakala Farah sekadar minum tea bunga.

Mereka menghabiskan waktu malam itu di cafe tersebut, palbagai isu dan cerita yang di bualkan. Sesekali terdengar gelak tawa Farah dan Haikal. Mereka tidak ubah seperti pasangan kekasih.

"Awak, dah lewat malam ni. Jom balik" tegur Haikal, sambil menghirup saki baki air coffee yang tinggal.

"Alaah awak ni, baru pukul 11 malam" balas Farah, tidak bersetuju untuk pulang malam itu.

"Hurmmm, " Haikal mula menarik muka.

"Yela" balas Farah.

Farah menghantar Haikal pulang. Sebail sampai dan ketika hendak turun dari kereta, tiba-tiba Farah memanggil. Haikal melihat dengan tanda tanya.

"Kenapa? " Haikal bertanya.

"Nak salam" jawab Farah, ringkas dan malu.

Haikal menghulurkan tangan kanannya untuk bersalam, Farah menyambut lalu di cium tangan Haikal. Ketika itu Haikal terkedu dengan tingkah laki Farah, namun dia lagak bersahaja dan terus mengusap kepala Farah mengunakan tangan kiri.
Tiba-tiba Haikal terasa ada air mengalir di tangannya. Terus ditolak kepala Farah untuk melihat wajah Farah.

“Eh awak kenapa ni?” Tanya Haikal, pelik melihat Farah sedang menangis.

“Saya rindu awak!” balas Farah dalam tangisan.

“Ish awak ni, kan saya ada je ni?”

“Ye tahu, tapi nanti?”

“Nanti apa? Awak ni pelik je. Hahaha dah-dah jangan nagis, Farah saya kan kuat. Mana reti menangis” Kata Haikal cuba memujuk.

“Ishhh dia ni, jangan lah gelakkan saya”

“Hehehe mana ada gelakkan, saya senyum je”

“Tadi tu?”

“Tadi tu saya tergelak, heee”

Haikal terus berjalan menuju ke dalam rumahnya, sengaja dia tidak menoleh ke belakang agar Farah terus memandu pulang. Sebaik sahaja pintu rumah di tutup, Haikal terus menuju ke tingkap dan mengintai Farah. Gadis itu masih didalam kereta, berkemungkinan sedang menangis. ‘Haishhh, macam manalah aku nak tinggalkan kau’ Haikal berbisik didalam hatinya.

Tidak lama kemudian, Farah memandu perlahan keretanya. Dia tahu Haikal tidak mungkin akan melihatnya. Malah Haikal seorang yang susah untuk menunjukkan kasih sayangnya. Sepanjang perjalanan Farah ke rumahnya, pelbagai perkara yang difikirkan. Haikal, kerjanya, pesakitnya dan bermacam lagi. “Sememangnya dunia ini hanya tempat kita berpenat lelah” Farah teringat akan kata-kata Haikal suatu ketika dahulu.

Haikal duduk di katilnya, tubuhnya lemah dimamah penyakit. Dia sepatutnya banyakkan berehat, tetapi nafsu dalam dirinya memberontak agar dia keluar seperti selalu dan paling penting Coffee yang telah menjadi dadah dalam dirinya. Haikal memandang laptop yang terletak di mejanya, baru dia teringat akan nota-notanya. ‘Arhhh, kenapa boleh lupa’ bentak hatinya, sedar dia lupa untuk menutup suiz laptop. Haikal bangun menuju ke meja, namun tiba-tiba kakinya terasa kebas, lalu Haikal terjatuh ke lantai. Dia cuba mengerakkan kakinya namun tiada tindak balas. ‘Ya Allahhhhhh’ Haikal menjerit didalam hati. Dia tahu ada sesuatu yang tidak kena dengan dirinya.

Harapannya kini hanya membuat panggilan pada Farah untuk meminta pertolongan, namun handfonenya terletak di atas meja, dan dia harus merangkak untuk ke meja. Dalam kepayahan itu, Haikal gagahkan jua. Sedikit demi sedikit dia mengheret kakinya, tangannya meraba-raba dia atas meja. Dia tidak mampu berdiri ketika ini. Air mata Haikal mula mengalir laju, dia tidak mahu kematiannya tidak diketahui orang dan pastinya jasadnya akan mereput nanti.

Sedang dia meraba-raba itu, akhirnya dia dapat menyentuh telefon bimbitnya. Tubuhnya semakin lemah, matanya semakin kabur. Haikal cuba juga melihat screen telefon untuk mencari nama Farah, namun semuanya tiba-tiba menjadi gelap. Tiada kedengaran apa-apa di telinga Haikal, matanya juga tidak mampu melihat apa-apa lagi, malah tubuhnya juga sudah tidak mampu di kawal lagi. Dia hilang dalam kepekatan malam itu.

Agak lama Haikal rasa dirinya bagaikan terawang, sebelum tiba-tiba terasa seperti dirinya terbang dan bergegar. Haikal cuba untuk membuka matanya tetapi dia tidak mampu, sesekali terdengar suara berbisik dan bercakap. Haikal cuba bercakap sama, namun masih tidak mampu. Dirinya kini bagaikan patung dan dia umpama tidak mampu untuk mengerakkan tubuhnya. Tiba-tiba ada suara berbisik.

“Haikal, awak dengar tak saya cakap?”

“Awak bangunlah, saya akan tunggu awak sampai bila-bila”

“Awak tahukan, saya sayangkan awak. Cumaaaaa...”

“Saya harap awak bangun, kita kan janji nak minum coffee sama-sama”

“Awak kan cakap nak buka cafe,”

“Awak ingat tak, awak janji tak akan tinggalkan saya, awak bangun ye.”

“Saya tunggu awak”

Suara itu bertalu-talu menerpa ke dalam gegendang telinga Haikal, dia cuba membalas setia kata-kata itu, tetapi tidak mampu. Dirinya kini kaku, mulutnya tidak dapat di gerakkan. Malah Haikal rasa dirinya terlalu letih untuk membuka mata. Umpama dia sudah kehabisan tenaga terakhirnya. ‘Aku di ambang kematian ke?’ bisik hati Haikal, dan baru dia sedar dirinya mungkin sedang mendekati sakaratulmaut. Jantung Haikal berdegup kencang, ketakutan mula menguasai minda dan dirinya. Nafasnya jadi tidak menentu, dadanya kini berombak kuat.

“Ayu! Pleaseee! Haikalll!” Jerit Farah tiba-tiba apabila melihat keadaan Haikal tidak terkawal. Mesin pengesan nadi mula menjerit laju, graf mula turun dan naik bagaikan gila.

Farah terduduk di tepi katil Haikal, walaupun dia seorang doktor, namun bila situasi itu berlaku kepada orang yang terdekat. Farah tidak mampu buat apa-apa, dirinya bagaikan hilang arah. Doktor Ayu dan beberapa pembantunya bertungkus lumus cuba mengawal keadaan Haikal. Bukan mudah untuk stabilkan pesakit yang sedang dalam keadaan separa koma.
Setelah keadaan kembali normal, Farha menghampiri Ayu. Dia masih risau dengan keadaan Haikal.

“Ayu, macam mana keadaan Haikal?” Tanya Farah lemah,dan masih dalam tangisan.

“Dia stabil. You jangan bimbang ya, i pecaya Haikal kuat”

“Ermmm, but kenapa dia tadi?”

“Maybe dia mengalami trauma, atau mungkin ada sesuatu yang menganggu dirinya”

“Harap dia kuat” Jawab Farah lemah sambil melihat ke Haikal.

“You jangan risaulah, i boleh jagakan. You sambung kerja, apa-apa i call u okay” Doktor Ayu cuba memberi jaminan dan harapan.

“Janji ye” Jawab Farah sambil berlalu pergi, untuk menyambung kerjanya.

Doktor Ayu hanya mengangguk tanda ia berjanji, nampaknya Farah benar-benar sudah mencintai Haikal, tetapi dirinya masih tidak mampu untuk menjalinkan hubungan cinntanya dengan Haikal. Doktor Ayu kembali melihat Haikal.

“Kau beruntung Haikal, walaupun dalam keadaan terlantar begini, masih ada insan yang menangis untuk kau” Kata Doktor Ayu pada Haikal yang sedang terbaring bagaikan patung.

Keesokkan harinya, Doktor Ayu dimaklumkan oleh pembantunya bahawa Haikal telah menunjukkan perubahan positif, dia sudah mulai sedar tetapi keadaannya masih lemah. Mendengar perkabaran itu doktor Ayu terus menuju ke katil Haikal, senyuman terukir di wajah Haikal apabila melihat Doktor Ayu datang.

“Hai, how are you today?” tanya Doktor Ayu perlahan.

“Im Fine, Doktor bila saya boleh keluar?” tanya Haikal lemah, matanya masih kuyu.

“Kamu rehatlah dahulu, jangan fikir nak keluar.”

“Errrmm, tapi”

“Eh, i lupa call kawan you. Sekejap ya”

Pantas Doktor Ayu membuat panggilan ke Farah dan memaklumkan tentang keadaan Haikal ketika itu. Mendengar berita tersebut, Farah terus berlari untuk mendapatkan Haikal. Dia tidak sabar untuk melihat keadaan Haikal.

Sebaik sampai di katil Haikal, Farah terus menangis. Airmatanya tidak dapat di bendung lagi. Sedih,sebak,gembira dan takut bercampur baur dalam dirinya.

“Hei, nape menangis?” Tanya Haikal lemah.

“Awakk lah! Benci!” Ujar Farah sambil mengenggam tangan Haikal.

“Heee apa la awak ni, saya kan kuat.”Jawab Haikal sambil melemparkan senyuman.

“Kuat.. Kuatt.. ni apa jadi? Nasib baik saya datang rumah awak pagi tu, sebab awak tak jawab call saya” Jawab Farah sambil mengesat air matanya.

“Terima kasih, saya nak call awak malam tu, tapi tak sempat”

“Hurmm! Lepas ni jangan buat lagi. Handfone letak dekat dengan awak je.” Farah mula membebel.

Haikal terus tersenyum apabila melihat Farah membebel, Doktor Ayu juga turut tersenyum, dan ‘pappppp’ satu pukulan hinggap ke Haikal. Farah tahu Haikal mentertawakan dirinya membebel.

“Orang cakap dia gelakkan.” Marah Farah, pada Haikal.

“Eh saya gelakkan Doktor Ayu” Jawab haikal cuba menyelamatkan diri.

“Ehh... Ehh... i tak terlibat dengan cerita romeo dan julie ni ye, hahaha” Doktor ayu cuba menyelamatkan dirinya.

"Hahahaha" suasana di bilik hospital itu sedikit bergema dengan gelak tawa Haikal dan Dr Ayu.

"Not Funny okay" jerkah Farah, mula malu apabila di tertawakan.

"Okay, now Farah, you boleh sambung tugas. Haikal pun dah okay tu. Dah boleh ketawa" kata Doktor Ayu.

"Okay, but apa-apa you info i okay. Haikal! Yau jangan nak mengedik! " pesan Farah tiba-tiba.

"Kenapa pula saya?" Haikal dalam kebingunggan.

Selepas Farah berlalu pergi, Doktor Ayu menghampiri Haikal. Dia memeriksa tubuh Haikal dan perkembangan tubuhnya.

"Haikal, you boleh angkat kaki you tak? " tabya Doktor Ayu.

"Errr, tak boleh lah doktor" jawab Haikal lemah, sebaik mencuba.

"Its okay, sabar ye" balas Doktor ayu.

Kemudian kelihatan Doktor Ayu menyentuh kaki Haikal, ia adalah untuk mengetahui bahawa Haikal masih mempunyai deria rasa atau tidak. Setelah melakukan pemeriksaan, Doktor Ayu memberi beberapa pesanan pada Haikal agar dia dalam keadaan baik jika di luar.

"Haikal, boleh saya tahu sesuatu? " Doktor Ayu memandang tepat ke wajah Haikal, sepertinya ingin bertanya tentang sesuatu yang agak serius.

"Boleh doktor"

"Awak, sebenarnya cintakan Farah kan? "

"Hurrmm, " Haikal tidak mampu menjawab. Wajahnya sugul dan lemah.

"Tak mengapa, saya simpan rahsia ni" Doktor Ayu cuba mendapatkan maklumat.

"Ye benar, tapiiii... " Kata-kata Haikal terhenti, dia teringat sesuatu.

"Tapi apa? " Doktor Ayu tidak sabar menunggu jawapan.

"Saya sudah terima dia sebagai kawan, malah dia juga dah kata, tidak akan mencintai atau jatuh cinta dengan saya untuk kali kedua. Semenjak dari hari itu, saya cuba untuk tidak mencintainya." Balas Haikal

"Huh so i know"

"Apa yang doktor tahu? "

"Tiada apa, Haaa kamu nak keluar tak? "

"Eh nak lah!" Jawab Haikal teruja.

"Tapi kena sihat dulu, kalau esok keadaan kamu stabil, saya boleh benarkan keluar"

"Alaaaa"

"Okay, jom saya bawa kamu keluar jalan-jalan dekat luar hospital. Sekurangnya kamu tak terperap dalam bilik ni" Doktor Ayu memberi cadangan.

"Eh boleh ke? "

"Boleh lah, saya kan doktor awak. Lagi pun awak sebelum ni hanya pengsan sahaja" balas Doktor Ayu.

"Hahaha yeke? Laa membazir je saya masuk hospital"

"Huhhh membazir masuk hospital? Heiiii kalau tak ada hospital, awak tu tak tau jadi apa tau" kata Doktor Ayu sambil mengayakan tangannya.

"Hehehe yela"

"Dah, duduk dekat kerusi roda ni" Balas doktor Ayu sambil membantu Haikal untuk pindah ke kerusi roda.

Terkial-kial Haikal cuba pindah dari katil ke kerusi roda tersebut. Hari itu nampaknya Haikal tidak bosan seperti selalu, dia rasa sangat beruntung kerana Doktor Ayu sudi membawanya bersiar-siar. Walaupun hanya di persekitaran hospital, namun itu sungguh bermakna.

Sesekali kelihatan staf hospital menegur doktor Ayu, dari gaya mereka menegurnya jelas bahawa Doktor Ayu seorang yang ramah. Sehinggakan beberapa pesakit juga mengenalinya.

"Haii Doktor, bawa kekasih ke? " tiba-tiba tegur seorang Doktor lelaki.

"Hahaha, bukan kekasih lah. Tapi kalau jodoh apa salahnya" balas Doktor Ayu sambil menjeling tajam ke arah doktor lelaki tersebut.

Haikal hanya melemparkan senyuman pahit pada doktor lelaki tersebut, matanya sempat menjeling nama pada nametag doktor lelaki itu. 'Dr. Azrul', ringkas nama tertera malah hensem. Bergaya. Sememangnya semua doktor itu hensem dan cantik.

Tiba-tiba doktor Ayu terhenti di satu sudut. Dia merenung jauh kehadapan. Haikal menoleh ke belakang untuk melihat doktor Ayu.

************************************************

"Doktor boleh tak saya nak air coca-cola ni? " Tanya seorang pesakit bernama Farizal.

"Tak boleh, awak tak boleh minum air bergas" balas Doktor Ayu.

"Ishh, why? Kenapa saya tak boleh minum? Kan doktor ada dengan saya" jawab Farizal lemah.

Farizal salah seorang pesakit Doktor Ayu yang sangat rapat dengannya. Malah setiap perkembangannya bakal di ambil tahu oleh Doktor Ayu.

"Saya ada pun, tapi kalau jadi apa-apa kan susah"

"Hurmmm... Semua benda tak boleh, family saya dan doktor sama je tak faham saya" Farizal merajuk, lalu menolak sendiri kerusi rodanya berlalu pergi.

Doktor Ayu hanya melihat ketika itu, dia tidak mahu menghalang Farizal.

"Errr... Doktor? Are you okay? " tegur Haikal, apabila melihat ada air jernih mengalir di pipi doktor Ayu.

"Ehh, okay" balas doktor Ayu sambil laju mengesat air matanya.

"Doktor, saya nak air soya tin tu." Kata Haikal sambil menunjuk ke arah mesin air.

"Haikal... " suara Doktor Ayu sebak.

Dengan tiba-tiba doktor Ayu menangis, Haikal mulai gelabah, dia tidak tahu apa yang terjadi dan apa yang harus di buat. Buntu dengan keadaan itu, Haikal hanya berdiam diri membiarkan Doktor Ayu menangis.

Setelah hampir 15 minit, keadaan Doktor Ayu semakin pulih. Mungkin dia sudah tenang kembali. Melihat keadaan Doktor Ayu yang sudah berhenti menangis itu, Haikal mengerakkan perlahan kerusi rodanya. Digagahkan kudratnya untuk berlalu pergi. Terasa dirinya bersalah dan menyusahkna Doktor Ayu.

"Haikal, nanti. Biar saya bantu, awak tidak kuat" tegur Doktor Ayu apabila melihat Haikal cuba pergi dengan memusingkan roda kerusinya.

"Tak apalah Doktor, saya kuatlah" balas Haikal sambil melemparkan senyuman.

"Haikal, awak tidak faham sakit awak. Awak cuma faham keadaan awak. Mari saya bantu" lalu Doktor Ayu menolak kerusi roda itu ke arah mesin air.

"Kamu nak air soya kan? " Doktor Ayu inginkan kepastian.

"Ye" balas Haikal ringkas.

Selepas membeli air soya tersebut, doktor Ayu kembali menolak kerusi Haikal menuju ke katilnya.

Hari itu adalah hari yang bermakna buat Haikal, kerana dibawa bersiar oleh doktor Ayu, malah mungkin itu adalah kenangan kehidupannya yang bakal hilang suatu hari nanti. Manakala doktor Ayu pula masih dalam keadaan sedih, seperti ada sesuatu memori yang menganggu benak fikirannya.

Haikal berharap dia boleh keluar pada esok harinya atau lusa, dia ingin duduk dirumah pusakanya.

"Err, maaf nurse, ada kertas dan pen tak?," tanya Haikal kepada staf hospital yang melalui katilnya.

"Ada, kejap ye" jawab staf nurse tersebut.

Setelah beberapa minit, staf nurse tersebut muncul kembali sambil membawa beberapa helai kertas bersaiz A4 dan pen hitam, biru dan merah.

"Eh banyak nya pen? "Tanya Haikal pelik, bimbang juga jika staf nurse tersejut ambil hati atau memerlinya.

"Saya tak tahu awak nak warna apa, jadi saya bawa 3 warna ni" jawab staf nurse tersebut.

"Ohh, terima kasih bebanyak, warna hitam dah cukup untuk mewarnai hidup saya" balas Haikal lalu mengambil warna hitam.

Staf nurse tersebut tersipu malu dengan senyuman Haikal, mungkin Haikal mudah memberi senyuman sebagai tanda terima kasih. Namun adakala senyuman dia memikat hati wanita.

Staf nurse tersebut meninggalkan Haikal sambil tersipu malu, sempat lagi Haikal mengusik gadis itu. Mungkin dia sengaja cuba menghiburkan hatinya. Kertas dan pen yang diberi staf nurse tadi di letakkan di hadapannya, dengan beralaskan meja makan. Haikal menulis sesuatu pada kertas tersebut.

Selepas dua hari di hospital, akhirnya Haikal dibenarkan pulang. Farah masih menjadi sukarela menghantar Haikal ke rumah. Malah setiap hari Farah menghantar makanan dan minuman pada Haikal.

Hari dan bulan berganti, Haikal dan Farah semakin rapat dan mesra. Perubahan pada kesihatan Haikal pula semakin baik. Haikal mampu berjalan seperti biasa, cuma sesekali ingatannya agak lemah. Namun itu tidak. Menghalang Farah untuk terus bersahabat dengan Haikal.

Cafe masih menjadi tempat mereka menghabiskan masa, ada masa cafe itu di jadikan tempat kaunseling untuk Haikal oleh Farah. Haikal masih sokongan daripada orang sekeliling.

"Awakkk" tiba-tiba Farah memanggil.

"Ye? " tanya Haikal ringkas sambil memandang Farah.

"Saya nak bagi tahu sesuatu"

"Apa dia? "

"Awak janji jangan marah, awak janji akan okay?"

"Ye saya janji" Haikal membalas ringkas.

"Janji betul-betul dulu"

"Haha okay, saya Haikal berjanji tidak akan marah" sambil tangan kanannya di angkat paras bahu.

"Hurmm, "

"Laa kenapa lagi? "

"Susah saya nak cakap"
"Cakap je, saya okay"

"Saya bakal berkahwin"

"Waaaa Taniaaaaahhh! " Bentak Haikal sambil tersenyum indah.

"Awakk!!! " baals Farah seakan marah.

"Kenapa? Salah ke? " Haikal buntu.

"Saya serius! "

"So saya ada nampak memain ke? "

"Hurmm, awak tak kisah ke? "

"Awak nak saya buat apa? Awak nak saya cakap apa? Awak nak saya tunjukkan apa? " Haikal bertanya, sambil matanya dan kepalanya tunduk. Memandang air kopi di hadapannya.

"Saya sayangggg awak tau tak! " Farah bersuara, air matanya mula berlinang.

"Awak, saya tahu awak sayangkan saya. Tapi apa benda saya boeh buat? Ini semua keputusan awak, bukan saya. Malah awak sendiri cakap, awak tidak akan jatuh cinta pada orang yang pernah reject awak sebelum ni" terang Haikal.

"Awak tak faham saya! "

"Ye saya memang tak faham awak, saya mana pernah faham awak kan? " balas Haikal mengambil hati.

Farah terus bangkit dari tempat duduknya lalu masuk kedalam kereta. Haikal membiarkan Farah melayan perasaannya. Sebenarnya Hati Haikal juga bagaikan remuk dan bersepai apabila mendengar berita itu. Namun dia sudah mengetahuinya terlebih dahulu, cuma dia merahsiakan dari Farah.

Setelah menghabiskan minumannya, Haikal keluar dan masuk kedalam kereta. Farah sedang tertidur di kerusi pemandu. Mungkin dia penat menangis, Haikal duduk di tempat duduk penumpang bersebelahan pemandu. Dia membuka beg galasnya lalu mengeluarkan buku kecilnya.

Sambil menanti Farah bangun dari tidur, Haikal melakar beberapa lukisan.

"Eh awak! Nape tak kejut? " tanya Farah sebaik terjaga melihat Haikal sedang melukis dibuku.

"Saya taknak ganggu awak" Balas Haikal tenang, namun masih gelabah cuba menyimpan bukunya.

"Dah pukul berapa ni? "

"Pukul 6:30pm, " jawab Haikal

"Ish dekat satu jam juga saya tido"

"Tak apa, awak kan penat"

"Nak pergi mana? " tanya Farah sambil membetulkan tempat duduk.

"Balik lah, awak rehat"

"Ermmmm, yela" jawab Farah lemah.

Hari itu mereka tidak duduk menghabiskan masa sehingga malam, mungkin atas sebab apa yang telah terjadi. Farah masih tidak boeh terima akan apa yang dilaluinya. Dia sebenarnya sudah mula sayang pada Haikal. Namun dia terikat dengan sebuah ikatan. Manakala Haikal pula tidak mampu berkata apa-apa. Kerana itu semua adalah keputusan Farah. Bukan dia yang membuat keputusan itu.

Malam itu handfone Haikal berulang-ulang kali bergema. Ada panggilan yang dibuat kepadanya, tetapi sengaja tidak di jawab. Dia duduk dimejanya sambil merenung jauh ke dalam laptopnya. Dunianya bagaikan kosong, dia sebenarnya sangat mencintai dan menyanggi Farah. Jawapan dari mulut Farah petang tadi sebenarnya sangat memberi kesan pada dirinya. Cuma Haikal lagak seperti tiada apa-apa yang dikisahkan. Jika diikutkan hatinya, ingin sahaja dia menangis lalu memeluk Farah, tetapi dia tahu itu tidak mampu mengubah situasi dan keadaan.

'Awaakkkk'

'Awaakkk plsss jawab panggilan saya'

'Awakk jangan buat saya macam ni'

'Awak, sampai hati tinggalkan saya'

Bertalu chat dari aplikasi WhatsApp masuk ke dalam handfone Haikal, namun Haikal hanya membaca dan membiarkan chat itu tanpa balasan dan akhirnya Haikal tertidur malam itu dalam kesedihan.

-Jam 5:50 pagi-

Haikal sudah bangun dari tidur, kelihatan dia duduk di mejanya. Menaip sesuatu di laptopnya. Dengan hanya bertemankan lilin aroma thrapy, Haikal kusyuk menaip. Manakala handfonenya tertera 84panggilan tidak dijawab dari Farah. Sengaja Haikal membiarkan, dia perlu menahan dirinya dari terus lemah.

-Jam 7:00 pagi-

Farah membuat panggilan pada Haikal, namun hanya voice mail yang menjawab panggilan Farah. Namun dia tidak berputus asa, dan masih juga berusaha kerana menganggap handfone Haikal kehabisan betrry.

-Jam 8:40 pagi-

Sekali lagi Farah cuba membuat panggilan pada Haikal, namun masih menerima jawapan yang sama dari Voicemail. Farah mula bimbang akan keadaan Haikal. Jarang sekali Haikal. Membiarkan Handfonenya dalam keadaan mati terlalu lama.

Setelah melihat jam pukul 10 pagi masih tidak dapat menghubungi Haikal, Farah membuat keputusan untuk pergi ke rumah Haikal. Sebaik sahaja sampai di hadapan rumah Haikal, kelihatan kereta Myvinya tidak ada. Farah terus membuat panggilan kepada doktor Ayu. Baginya mungkin Doktor Ayu tahu kedudukan Haikal ketika itu.

"Assalamualaikum, Ayu! " Farah menerjah sebaik sahaja panggilannya di jawab. Suara Farah jeas kelihatan cemas.

"Waalaikumusalam, hei Farah. I know you cari Haikal kan? " teka Doktor Ayu sebaik menjawab pertanyaan Farah.

"Ye, pleaseee Ayu. Tell me! " Farah merayu dan mula mengalirkan air mata.

"Hey dont cry baby, but i tak tahu mana Haikal, tapi pagi tadi dia ada tinggalkan bungkusan dekat tempat i. Ada nota for Farah"

"Hahhh! Seriusss? Okay, i datang sekarang" jawab Farah kemudian menamatkan panggilan.

Farah terus bergegas menemui Doktor Ayu, dia masih tertanya-tanya apakah bungkusan tersebut. Selepas mengambil bungkusan itu dari Doktor Ayu, Farah terus pulang ke rumah.

Bungkusan itu dibuka perlahan, namun terdapat Laptop didalam bungkusan itu, tertulis nota pada sehelai kertas PASSWORD : FARAHABDULAH, itu nama farah berserta ayahnya. Sebaik laptop dibuka ada satu fail tertera NOTA COFFEE.

Farah membuka fail tersebut, dan aalngkah terkejutnya farah apabila melihat ia adalah sebuah cerita yang ditulis oleh Haikal tentang hubungan mereka.

Farah membaca cerita tersebut dari awal perkenalan mereka dan sehinggalah hari detik pada pagi itu.

Sebaik habis baca cerita tersebut, Farah terus membuat panggilan pada Ayu.

"Ayuu, whyyyy! Whyyy! "

"Maafkan i Farah, i terpaksa beritahu Haikal terlebih dahulu"

Kini Farah faham mengapa Haikal seperti tidak kisah dengan berita perkahwinannya semalam. Farah terus terbaring di sisi laptopnya. Air matanya menemani Farah ketika itu. Dia buntu, binggung malah sedih dengan apa yang dilaluinya ketika itu.

"Maafkan saya Farah, saya terpaksa pergi. Mungkin memori ini akan menemani hidup awak, simpan cerita ini. Mungkin suatu hari nanti awak akan temui saya, carilah tajuk 'KOPI BERDARAH'. dilaman web, kerana penulisnya adalalah saya"-Haikal

Nota terakhir yang ditinggalkan Haikal pada akhir ceritanya.

4 tahun kemudian

Ketika Farah sedang duduk melayari media sosial Facebook, tiba-tiba matanya terhenti pada satu perkataan tertulis.

TAJUK : KOPI BERDARAH
KARYA : ENCIKHUZAIFAH.

Air mata Farah berderai laju, cerita itu sama seperti cerita yang dilaluinya.

"Hai sayangg, kenapa tu? " tegur seorang lelaki dari belakang.

"Tak ada apa-apa" jawab Farah, lalu mengesat air matanya dengan pantas.

Tamat

No comments:

Post a Comment