Sunday, 28 July 2019

PERJALANAN YANG JAUH TETAPI SEKEJAP





Perjalanan Yang Jauh TETAPI Sekejap
Aku asalnya seorang yang suka berjalan, kemana sahaja aku pergi(Dahulu). Dari satu daerah ke suatu Daerah.
Rakan aku pula ada yang tidak jemu melayan karenah aku, adakala mereka turut serta dalam perjalanan yang dikatakan Sia-sia.
Namun pada suatu hari, seorang rakan bertanya kepada aku.
Rakan : Zai! Aku pelik la dengan kau. Tak penat ke kau gerak sana sini jejauh tanpa hasil pape.
Aku : Aku telah lalui Satu jalan yang Amat jauh, tetapi ia terasa sekejap. Jadi bagaimana untuk aku merasakan kepenatan pada perjalanan yang singkat ni.
Rakan : Ehh serius lah?
Aku : Ya serius!
Rakan : Bila tu? Dekat mana tempatnya?
Aku : Setiap Hari, Tempatnya di atas muka bumi. Iaitu ia sebuah Solat, Ketika kita solat ia adalah sebuah perjalanan, tempat yang dituju adalah Jauh disudut lubuk hati. Tidak diketahui Jauh dan dekatnya  Namun Ia hanya mengambil masa beberapa Minit. Namun untuk Beberapa minit sahaja pun sudah membuatkan MANUSIA PENAT DAN LELAH, malah merungut!
Rakan : Wei! Kau perli aku ke?
Aku : Tidaklah, aku sedang menegur diri sendiri. Kerana aku juga manusia yang penuh dengan rungutan.
Rakan : Maafkan aku!
Aku : Mohonlah Pada Yang ESA
Semenjak itu, Rakan aku kerap berjalan. Dan dia sedar Bahawa sebuah kehidupan ini penuh dengan teguran dan pengajaran. Cuma kita sebagai manusia yang kena bijak mencari semua itu.
#YangFahamTuFahamLah

No comments:

Post a Comment